Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 31 Julai 2017

Petang Pergi Ziarah, Malam Meninggal Dunia. Al Fatihah

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Semalam petang pukul 3.00pm saya pergi ziarah , malam pukul 9.30pm dapat berita meninggal dunia.. pak cik saudara belah arwah abah yg sangat baik dgn kami sekeluarga. Sehingga arwah abah meninggal dunia masih lagi rapat dan mengambil berat keluarga kami. Sedih  atas kehilangannya..


‎إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ    

Sesungguhnya kita milik Allah dan kepada-Nya kita kembali    

Ya Allah! Ampunilah dia, rahmatilah dia, selamatkanlah dia, maafkanlah dia.
Gantikanlah syurga sebagai tempat tinggalnya yang baru.
Al fatihah

Alhamdulillah di permudahkan urusannya..

Murah rezekinya.. anak2 tahfiz solat jenazah juga dan menghantar ke tanah perkuburan..

Arwah semasa hidupnya memang suka menolong orang.. masyarakat suka dgn arwah.. mudah membantu.. terasa sungguh kehilangannya oleh penduduk tamannya dan kariahnya. Semoga Allah memberkati dan merahmati rohnya serta ditempatkan bersama para syuhadah dan soleh.


Ahad, 30 Julai 2017

BLENDED ORANGE CUP CAKE... emmm mudahnya😆

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berehat di hujung minggu..
Tengah buat apa tu 😊
Saya baru lepas sekodeng FB .. sekali melintas pulak kat wall buat kek mudah.. guna blender je.. kesukaan saya lah ni.. maleh sungguh nak keluarkan mixer tu hihihi...
Apa2 hal kita save kat sini dulu.. nanti kita buat ye.. bahan2 pun sikit jer ..😆


BLENDED ORANGE CUPCAKE
===========================
Pemilik resepi: kak fida
Pemilik Video Resepi: Umijie Musa Narulhizam

Bahan :

1 biji buah limau(sy beli yg x de biji)
1 cawan minyak (sy guna myk jagung)
2 cawan gula halus (sy guna 1 1/2 cawan jer)
3 biji telur (sy pakai gred A)
2 cawan tepung gandum*
1 sudu besar baking powder* ( *diayak bersama )
2 sudu besar sunquick oren

Cara membuatnya :

Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.
Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
Tuangkan adunan kedalam bekas cupcake.
Bakar pada suhu 160C selama 20 min atau hingga masak.

Nota :
Jangan tuang adunan hingga penuh kedalam bekas cupcake sebab kek oren ni akan naik hampir 2 kali ganda semasa proses membakar, jadi biarkan baki suku dari bekas supaya kek tak melimpah nanti semasa dibakar.

Sumber : Facebook

Jumaat, 28 Julai 2017

LOKASI SETIAP NEGERI UNTUK SEMAK WANG TIDAK DITUNTUT

Lokasi Setiap Negeri Untuk Semak Wang Tak Dituntut

Dibawah ini adalah lokasi setiap negeri bagi menyemak wang tak dituntut. Anda boleh lihat senarai di bawah.

Jabatan Akauntan Negara Malaysia

@ Negeri Sembilan

Tingkat. 10,Wisma Persekutuan,

Jalan Dato´ Abdul Kadir,

70990 Seremban,

Negeri Sembilan



Jabatan Akauntan Negara Malaysia

@ Melaka

Aras 5, Menara Persekutuan,

Jalan Persekutuan, Ayer Keroh,

75450 Melaka

Jabatan Akauntan Negara
Tingkat 42, Menara Maybank
100, Jalan Tun Razak
50050 Kuala Lumpur.
Tel.: 03-2034 1850
Fax: 03-2072 5707/03-2026 7430
Website: www.anm.gov.my

Jabatan Akauntan Negara Malaysia,

Aras 1-8, Kompleks Kementerian

Kewangan, No. 1, Persiaran Perdana,

Presint 2, 62594 Putrajaya,

Putrajaya, Wilayah Persekutuan,

Malaysia



Lobi Kementerian

Sumber Asli dan

Alam Sekitar

Putrajaya

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Sabah

Tingkat 6 & 7, Wisma Perindustrian,

Jalan Istiadat, 88594 Kota Kinabalu,

Sabah, 88400 Kota Kinabalu



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perlis

Tingkat 3, Bangunan Persekutuan,

Persiaran Jubli Emas, 01000 Kangar,

Perlis, Taman Pekeliling,

01000 Kangar, Perlis



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Labuan

Tingkat 5, Blok 4, Ujana Kewangan, Jalan Bukit Timbalai, 87016 Labuan,

Sabah, 87000 Labuan, Labuan Federal Territory



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Johor

Tingkat 5-6, Kompleks Tun Abdul Razak,

80990 Johor, Jalan Wong Ah Fook,

Bandar Johor Bahru,

80000 Johor Bahru, Johor



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kelantan

Tingkat 1-2, Blok A, Bangunan Persekutuan,

Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu,

Kelantan



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Perak.

Jalan Sultan Idris Shah, Taman Jubilee,

30300 Ipoh, Perak.



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Terengganu.

Tingkat 11, Wisma Persekutuan, Jalan Sultan Ismail,

20594 Kuala Terengganu, Terengganu,

20200 Kuala Terengganu,

Terengganu.



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Kedah

Tingkat 4, Zon C, Wisma Persekutuan,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,

Jalan Sultanah, 06550 Alor Setar, Kedah,

Kampung Anak Bukit, 06550 Alor Setar,

Kedah



Jabatan Akauntan Negara Malaysia@Pulau Pinang

42, Jalan Ooi Kar Seng, 10000, Pulau Pinang,

14300 Nibong Tebal, Penang



Jabatan Akauntan Negara Malaysia @ Sri Aman.

Tingkat 2 & 3, Blok 3, Wisma Persekutuan,

Fasa 2, Jalan Polis, 95000 Sri Aman,

Sarawak, 95000 Sri Aman, Sarawak

Jabatan Akauntan Negara Malaysia@ Pahang

Tingkat 4 & 5, Bangunan BSN, Jalan Bank,

25000 Kuantan,

Pahang.

Cara dapatkan Wang Tak Dituntut (WTD) di Jabatan Akauntan Negara

1. Sila hadirkan diri ke pejabat Jabatan Akauntan Negara yang berhampiran dengan tempat tinggal anda. Untuk ketahui senarai lokasi Pejabat Jabatan Akauntan berhampiran anda, Sila klik Alamat Pejabat Jabatan Akautan Negara setiap Negeri.

2. Bawa Kad pengenalan diri atau IC. Pegawai bank akan semak baki yang ada disemua akaun bank terdahulu.

3. Untuk semakan waris yang telah meninggal dunia, boleh bawa sijil kematian, sijil perkahwinan, sijil kelahiran dan surat sokongan yang menyatakan hubungan dengan pewaris.

4. Jika ada lebihan baki dari akaun bank terdahulu (akaun yang telah ditutup), sila isi borang dan sertakan beberapa dokumen berkaitan termasuk IC fotostat, surat pengesahan bank berkenaan, (bank statement atau buku bank yang aktif) utk tujuan bayaran balik melalui kredit terus (bank in).

Senarai semak dokumen diperlukan untuk isi Borang Permohonan Bayaran Balik WTD:

5. Wajib pergi ke bank yang telah dinyatakan untuk buat pengesahan. Contoh Surat Pengesahan telah diberikan oleh pejabat jabatan akauntan. Hanya berikan kepada bank sahaja.

6. Lepas dokumen dan borang lengkap diisi telah dihantar ke Pejabat Jabatan Akauntan Negara. Duit akan dimasukkan secara Bank In Terus ke akaun dalam masa 30 hari sahaja.

Contoh Borang Permohonan Bayaran Balik Wang Tak Dituntut (WTD)

Selepas pegawai buat semakan, akan tertera jumlah wang tidak dituntut dalam sistem. Selepas itu borang permohonan bayaran balik WTD harus diisi oleh pemohon beserta dokumen sokongan. Selesai hantar semula borang tersebut ke Pejabat Jabatan Akauntan, duit baki tuntutan akan dikreditkan ke akaun bank anda dalam tempoh 30 hari sahaja.

Sumber : WhatsApp

LAKUKAN 10 PERKARA INI..

*🌹 10 PESANAN TERAKHIR IMAM AS SHAFIE SEBELUM MENINGGAL DUNIA🍂*

Sebelum Imam Shafie meninggal dunia, beliau sempat mengajak sahabat-sahabatnya agar membuat perubahan jiwa ke arah yang lebih baik. Beliau menyebut bahawa barangsiapa yang ingin meninggalkan dunia dalam keadaan selamat, maka lakukanlah 10 perkara:

1. *Hak kepada diri*, iaitu dengan mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan percakapan dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.

2. *Hak kepada Malaikat maut*, iaitu menqada’kan segala kewajipan yang tertinggal, iaitu dengan memohon maaf daripada orang yang dizalimi, membuat persiapan untuk mati dan merasa cinta kepada ALLAH s.w.t.

3. *Hak kepada kubur* iaitu membuang tabiat suka menabur fitnah, jangan suka kencing merata, memperbanyakkan solat tahajjud dan membantu orang yang dizalimi.

4. *Hak kepada Malaikat Mungkar dan Nakir,* iaitu jangan berkata dusta, sering berkata benar, meninggalkan maksiat dan memberi nasihat.

5. *Hak kepada Mizan*, iaitu menahan kemarahan, banyakkan berzikir, ikhlas dalam amalan dan sanggup menanggung kesulitan.

6. *Hak kepada titian sirat,* iaitu buang tabiat suka mengumpat, wara’, bantu orang beriman dan hidup dalam suasana berjamaah.

7. *Hak kepada Malaikat Malik,* iaitu menangis lantaran takutkan kepada ALLAH s.w.t., membanyakkan sedekah, membuat kebaikan kepada ibubapa dan memperbaiki akhlak.

8. *Hak kepada Malaikat Ridwan,* penjaga syurga, iaitu redha kepada qada’ ALLAH s.w.t., sabar menerima bala’ dan bertaubat.

9. *Hak kepada Rasulullah s.a.w*., iaitu dengan sering bersalawat kepada baginda, berpegang kepada sunnahnya dan bersaing mencari kelebihan dalam beribadah.

10. *Hak kepada ALLAH*, iaitu mengajak manusia kepada kebaikan, mencegah manusia daripada melakukan kemungkaran, bencikan kepada sebarang maksiat dan tidak melakukan kejahatan. _________________________

*“Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalah.*_

*Kata ustaz, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi.........*

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan dunia...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menjalankan perniagaan...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan menambahkan harta...*_

_*Allah akan sibukkan kita dengan urusan mencari pengaruh, pangkat dan kuasa...*_

_*Alangkah ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan..*_

Senafas Ke Barzakh : http://www.fatehteam.com/senafas-ke-barzakh-ustaz-ahmad-dusuki-abd-rani/

Rabu, 26 Julai 2017

Senyum Sinis : Lawak Handphone 😆😉






K O P I

suami : Sayang simpan gula kat mana...??? Abang nak buat kopi...😕

isteri : Dalam bekas Tupperware yang ada tulis GARAM"😲

suami : hahahaha... Sayang ni... kenapa bekas gula... ditulisnyer garam...???🤣

isteri : Biar semut tak tahu...
macam kat tepon Abang lar...
JUNAIDAH abang  tulis JUNAIDI...
biar saya tak tau kan...😡

suami : alamakkk...🏃🏻💨💨💨

P/s jangan serious sangat.. no no stress 😆😂😄😉

Sumber : whatsApp

Selasa, 25 Julai 2017

PUDING ROTI MABLE COKLAT NUTELLA .. emmmm dapnyaaa ❤😍

Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat puding roti mable coklat nutella ni masa gi open house rumah adik ipar hari ahad tu.. tak kan nak datang berlenggang ajer kan.. jadi saya buat kan lah puding roti ni.. kebetulan roti ada lagi yg lagi sehari utk expired 😆 elok dibuat kan kuih kan.. adik ipar kata sedap nanti boleh buat kan lagi ye.. 😙


Bahan2 nya cukup mudah kekawan .. dalam masa 15 minit siap .. tu yg boleh buat tu.. saya buat pukul 11am.. pastu masuk esbok.. dah keras puding tu.. boleh sangat lah kalau ada tetamu yg hendak datang berkunjung tu..

RESEPI PUDING ROTI MABLE NUTELLA.

Bahannya :-
* 4 keping roti
* 2 biji telur
* 1 cawan susu pekat manis
* 1 cawan susu cair
* 10grm agar-agar serbuk
* 3 cawan air
* 1 sudu besar majerin
* 1 cawan coklat nutella.

Caranya :-
1. Didihkan air 3 cawan tu. Kemudian masukkan agar-agar serbuk tu. 
2. Kemudian kisarkan /blend roti, susu cair, susu pekat dan telur sehingga sebati halus.
3. Lepas tu tuang dalam bekas yg kita masak agar-agar tadi.
4. Kacau mesra jgn berketul dan masukan majerin tadi. Kacau lagi.
4. Kemudian asing kan jadi dua bekas. Ketepikan satu bekas. Kemudian yg bekas lagi satu masukkan coklat nutella. Kacau sehingga mesra.
5. Lepas tu sendukan yg warna putih ke dalam bekas loyang, kemudian sendukan pula bahan coklat kedalam bekas tu. Buat sehingga habis.. kena buat cepat sebab puding ni lekas keras.
6. Kemudian masukkan dalam peti ais.. selama sejam.. mkn sewaktu sejuk tu.. emmm dapnya 😍😙😘

Isnin, 24 Julai 2017

Apa Dah Jadi Last Raya?😵 Open House Di Hospital DEMC 😟😭

 Assalamualaikum kekawan...
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan di kurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Pada hari sabtu 22.7.2017 bukan main banyak jemputan utk open house dan juga kenduri doa selamat utk menunaikan fardhu haji. Di taman saya ada 5 jemputan.. diluar pula ada 3 jemputan.. namun begitu satu pun saya tak dapat hadiri kerana demam + sakit perut + pening kepala yg amat sangat.. ptg tu saya gi gak klinik tapi tak jalan jugak.. penyudahnya saya menyerah diri di DEMC hospital apabila tak daya lagi utk bertahan. Dapat lah satu das dipunggung dan 1 botol drip air.. selesai semua tu hampir pukul 1.00pagi smpi dirumah pukul 1.30pagi.. ini pun sebab ward penuh.. kalau tidak dah tentu admit saya disitu..

Jadinya pada hari sabtu tu Nabil dan en suami memenuhi undangan ditaman perumahan saya.. suruh najeeha gi ikut tak mahu pulak dia.. 
Gambar diatas tu open house rumah kawan nabil sambil menyambut harijadinya.. beriye nabil memujuk saya suruh pergi.. saya kata mama tak larat sangat.. pergi lah dgn abah.. mujurlah abahnya nak pergi... suka lah dia.. dan alhamdulillah jumpa pulak abah dia dgn kawan satu taman perumahan dulu.. ada juga regu sembang.. 

Jadi hari ahad petang baru saya sihat seperti sediakala.. bolehlah beraya di rumah adik ipar saya.. itu pun sebelah taman saya😆😅
Tak berani nak mkn macam2 wey.. takut kena lagi satu das di pungkuk bak hang.. saya rasa jadi mcm tu pd hari sabtu sebabnya jumaat tu ada open house divisyen lain di ofis saya.. ada 2 pulak tu sakan nou mkn.. tu yg esok menanggung sakit 😭😭

Si Najeeha ni suka benau menyendiri.. tengok tu.. elok jer dia main alat muzik dirumah adik ipar saya tu.. susah nak ambil gambar dia ni..
Kekawan last raya gi mana 😆😉 hari ini pun dah 30 syawal.. masih ada open house ke ditempat kekawan..☺😆

Khamis, 20 Julai 2017

SYAWAL KAN SEBULAN 😆😅😍😙

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Jom lah random gambar raya lagi.. syawalkan sebulan hihihi😆😍

Hari Jumaat 14.7.2017.. majlis hari raya divisyen saya. Tema adalah negero Johor.. kena lah baju raya sedondon biru merah.. dgn menu mengikut hidangan negeri Johor.. maka jadilah menu kacang pool haji johor baharu. mee bandung muor.. lontong kluang, satay batu pahat.. macam kuih muih dari Johor juga.. tak sempat nak ambil gambar semua tu.. dah tuan rumah sibuk melayan tetamu dan menjaga hidangan juga.. utk ditambah...
Penat sampai ke petang weyyy..

Hari sabtu.. jalan raya lagi.. ke open house kawan sekolah yg skrg bergelar usahawan ternakan jaya.. menu istimewa apa lagi.. kambing bakar lah 😄

Yang baju ungu tu lah tuan rumah.. Fatonah si usahawan yg berjaya.. sempat jumpa shidah aje disitu.. lepas ni nak ke utara.. konon nak singgah satu rumah lagi di Kuala Kubu Baharu tapi tak sempat.. terus menuju ke Ipoh.

Ke Ipoh ni open house rumah boss en suami .. yg tudung fefel tu isteri nya yg sangat peramah.. idok lah teman malu weyyy.. 
Cantik sungguh rumah kayu perak tu kan.. berkenan teman tengok.. takat tengok jer lah yong..

Lemang nya ada jagung.. perghhh sedap sungguh.. makan pulak dgn rendang tok.. yg nabil pulak dah terjah char kuey teow.. mmg kesukaan dia lah kan. 

Pastu rumahnya dekat pulak dengan thema park MAPS ni.. dah beroperasi separuh.. keseluruhannya mungkin hujung tahun nanti. Singgah bergambar lah dulu ye nabil.. cuti sekolah nanti kita terjah ye😂😆

Hari Ahad .. pagi kami dah pergi rumah kawan en suami yg temanya sarapan raya hihi.. sukalah saya tak payah nak buat sarapan kan.. tak sempat 0ulak nak ambil gambar sebab sibuk sarapan katanya.. di mulakan dgn nasi lemak.. pastu jumpa pulak lempeng.. pastu sambung dgn lontong pulak.. kenyang kami anak beranak..😆😊 Alhamdulillah..

Lepas tu terus pulak menuju ke Kuang sambutan hari raya Sek. Rendah Kuang bertempat di rumah Datin Norasyikin ni.. seronok dpt jumpa kekawan sekolah rendah ni dan satu kampung kan.. mengimbau zaman kecik masa sekolah.. riuh rendah dgn gelak tawa.. itu pun saya tak dpt jumpa ramai lagi.. pukul 3pm dah balik sebab nak hantar anak2 balik asrama pulak. Ramai lagi kawan2 yg dtg.. majlis berakhir 6pm.

Dah rumah datin2 ni.. mesti ada pool kan.. apa lagi nabil dan anak2 kwn lain pun sakan bermandi manda.. yg datin syikin ni sporting sungguh... biar dorang mandi.. kita boleh sembang2.. dan berkaraoke katanya.. saya mana reti menyanyi.. tengok jer lah.. bagi support pd yg suka menyanyi ni..


Datuk dan Datin juga berduet berkaraoke.. nyanyi lagu selamat hari raya.. sporting mereka berdua ni.. yg datuk ni sebaya kakak saya.. datin syikin sebaya saya.. kawan2 sama sekolah rendah jugak.. jodoh tidak jauh.. kata orang tu.. 😍😙

Tu lah cerita minggu sudah raya saya.. gantung periuk kuali kan.. minggu ni pun dah byk jemputan jugak.. tambahan minggu last syawal kan.. hihi.😆😅



Selasa, 18 Julai 2017

KEHIDUPAN INI...😍🌷🍁

السلام عليكم ورحمة الله

Jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari luar, maka kehidupan di dalamnya akan berakhir...Tetapi, jika sebiji telur dipecahkan oleh kekuatan dari dalam, maka kehidupan baru akan lahir..

Jadi hal-hal besar selalu bermula dari dalam diri.. bukan dari luar..

Allah tidak pernah menjanjikan:
Langit itu selalu biru...bunga selalu mekar... Matahari selalu bersinar...

Tapi ketahuilah bahawa Allah selalu memberi:
Hikmah di setiap cubaan... jawapan di setiap doa..

Jangan pernah menyerah.. Life is so beautiful..

Jika hidup itu perjalanan.. maka nikmatilah..

Jika hidup adalah tentangan.. maka hadapilah..

Jika hidup adalah anugerah.. maka terimalah..

Jika hidup adalah tugas.. maka selesaikanlah..

Jika hidup adalah cita-cita.. maka capailah..

Jika hidup adalah peluang.. maka ambillah..

Satu hal yang membuat kita bahagia adalah:
Cinta Allah.

Satu hal yang membuat kita hancur adalah:
Putus Asa.

Satu hal yang membuat kita maju adalah:
Ikhtiar.

Satu hal yang membuat kita kuat adalah:
Doa.

Sumber : whatsApp

Selasa, 11 Julai 2017

Random Gambar Raya..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Banyak pergi open house ke kekawan.. saya ni semakin malas nak ambil gambar dan update entri.. pada hal byk je yg hendak diceritakan.. hari ini entri saya rangkumkan semua gambar yg ada sikit ni.. buat macam lieya latif senang kan hahaha 😆😅
Pada hari rabu 28.6.2017 saya beraya di Kuang pula.. mula2 rumah dituju adalah rumah mak cik saya.. adik arwah mak.. 2 org jer mak cik yg tinggal skrg. Mak cik menghidang nasi tomato dan ayam masak merah. Kebetulan sampai tengahari..
Lepas tu gi rumah kak andak.. kak andak masak soto.. dia dah pesan siap2 mkn sikit rumah mak cik tu hahaha..
Tak ada gambar pulak sbb sedap benor soto kak andak. Nabilah siap suruh tapau lagi .. malu mak nak oiii😆
Pastu gi rumah kak lang.. kak masak gulai nangka ayam kampung dan rendang daging paru dan limpa. Aduhai teringat arwah mak.. ini lah hidangan yg selalu disediakan pagi raya bersama ketupat.

Masa raya kedua adik saya.. si uda tu wasap.. dia dah pecah ketuban masa tgh nak beraya di kg mertuanya.. kebetulan lalu depan hospital Segamat.. terus lencung masuk kat situ.. hari rabu malam baru bersalin. Sepatutnya due date 4.7.2017.. ni dah jadi anak JDT.. dapat anak lelaki.. dah dua pasang anak adik saya ni.. Alhamdulillah.. 

Pada hari ahad 2.7.2017 kak andak dan kak lang buat aqiqah dan tahnik cucunya.. buat kat rumah arwah mak abah tu.. kak andak skrg yg tinggal dirumah tu. Belah pagi marhaban perempuan. Elok jer diam dua cucu ni😘😍

Petang pukul 2.00 adik saya bawa anak2 tahfiz untuk qasidah dan tahnik si cucu ni.. pastu ada sheikh dari syam yg tahnik kan tu.

Menu utama sudah semestinya kambing panggang ni.. 2 dibuat panggang 2 ekor lagi dimasak kari.. Kegemaran anak2 saya ni .. Nabil ke situ yg di ulang berulang kali..

Hari sabtu 8.7.2017 kami balik kg en suami lagi kerana menghadiri perkahwinan anak pak uda Razak. Sekali 3 pak uda kahwin kan anaknya.. senangkan sekali harung .. save bajet.. meriah sungguh.. kemain ramai jemputan.. dah pertama kali buat kendurikan. Hari tu sampai rumah dah hampir pukul 7pm.. penat  bukan main tapi kenyang hahaha.. siap tapau lagi nasi beryani kari kambing batu pahat yg sedap ini.
Ini lah kisah sepanjang minggu sudah.. tunggulah entri rajin saya ye .. 😅😆


Rabu, 5 Julai 2017

WW :: Throwback Raya - Jom Rempit Raya🚵😂😍

Tahun 2010 - Rempit BA 880

Tahun 2016 - Rempit WD 3208

Tahun 2017- Rempit anak 3 😂😃😍😙😗

Rempit raya dgn kain palekat lalala 🎵🎶🎼😂😆😙😍