JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 29 Jun 2017

Syawal Pertama :: Jom Jalan Raya 😍💖🌒

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan di kurniakan kesihatan yg baik..
Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin..
Dah masuk 5 syawal ye kekawan.. saya dah mula kerja hari ini.. sebab ambil cuti awal pada hari khamis lepas. Petang khami lepas ambil anak2 sekolah halfday sebab ambil report card sekolah . Pukul 3.00pm kami gerak balik kg en suami.. jalan clear sungguh.. kul 4.30pm dah smpi.. sebelum tu singgah bazar ramadhan di Gemencheh sbb balik tak bagi tahu FIL.. tentu juadah berbuka tiada utk bhgn kami 😆😊 so pandai belikan..

Balik solat raya tu acara bermaaf-maafan dan bergambar keluarga dah semestinya. Tahun ni baju raya sedondon kami warna biru.. pilihan nabil yg suka sgt warna biru 😊😍😘

Pastu gambar satu keluarga besar FIL ni.. tahun ni kak long beraya di Sempurno Sabah dan Alin beraya di Kuching  Sarawak rumah mertua memasing. Saya sejak arwah abah dan mak tiada.. raya setiap tahun disini lah .. menumpang kasih keluarga mertua..😊😘😍

Lepas tu gerak balik kg chohong.. tempat pertama dituju ialah pusara MIL pula dan juga pusara saudara mara yg telah pergi meninggalkan kita. Alfatihah.

Pastu terus gi rumah Pak Itam.. ramai dah ada disana.. keluarga pak uda.. pak cik.. mak andak dan mak ngah.. apa lagi bergambarlah beramai-ramai disana..😊😍

Pergi pula beraya ke rumah Mak Ucu Bibah.. motif bergambar di tangga ni sbb tangga org Melaka kan cantik.. tapi bila semua dah duduk ditangga tu.. dah tak nampak kecantikan tangga tu 😂😆😙

Masih lagi bergambar dirumah mak ucu bibah tu.. masa tu mood bergambar masih ada.. masa sampai rumah mak andak dah tak bergambar. Memasing dah kepenatan dan kekenyangan 😆😅😂😚😍

Macam mana raya kekawan.. tentu meriahkan 😍😘😙

Sabtu, 24 Jun 2017

DOA RASULULLAH SAW DI AKHIR RAMADHAN & DARI JAUH KU POHON MAAF ❤💖 SALAM AIDILFITRI🌷🌻

Assalamualaikum kekawan..
Salam akhir ramadhan dan selamat hari raya maaf zahir batin. Semoga amalan kita diterima Allah dan moga kita dapat berjumpa ramadhan akan datang.
*Do’a Rasulullah saw di akhir Ramadhan* 🌹🌹

“Yaa Allah! Janganlah Engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir dalam  hidupku. Seandainya Engkau menetapkan sebaliknya, maka jadikanlah puasaku ini sebagai puasa yang dirahmati, bukan puasa yang sia-sia.”

“Seandainya masih ada padaku dosa yang belum Engkau ampuni atau dosa yang menyebabkan aku disiksa karenanya, sehingga terbitnya fajar malam ini atau sehingga berlalunya bulan ini, maka ampunilah semuanya wahai Dzat Yang Paling Pengasih dari semua yang mengasihi.”

“Yaa Allah! Terimalah puasaku dengan se-baik² penerimaan, perkenan, kema’afan, kemurahan, pengampunan & keredaan-Mu. Sehingga Engkau memenangkan aku dengan segala kebaikan, segala anugerah yang Engkau curahkan di bulan ini.”

“Selamatkanlah aku dari bencana yang mengancam atau dosa yang berterusan. Demikian juga, dengan rahmat-Mu masukkanlah aku ke dalam golongan orang² yang mendapatkan (keutamaan) di Lailatul-Qadar. Malam yang telah Engkau tetapkan lebih baik dari seribu bulan.”

“Semoga perpisahanku dengan bulan Ramadhan ini bukanlah perpisahan untuk selamanya & bukan juga pertemuan terakhirku. Semoga aku dapat kembali bertemu dgn Ramadhan mendatang dalam keadaan penuh harapan & kesejahteraan.”

“Aamiin aamiin Yaa Mujiibas-Saailiin”

Aku akan selalu merindukanmu yaa Ramadhan.

*****************************
Assalamualaikum.
DOAKU DI HARI HARI TERAKHIR RAMADHAN
UNTUK KESEMUA AHLI KELUARGAKU DAN SAHABATKU.

Ya Allah jika di saat ini, jika ada keluargaku dan sahabatku yang sakit, 
sembuhkanlah dia. آمِيّنْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluargaku  dan sahabatku yang bermasaalah, 
beri lah kesabaran dan jalan keluar untuk dia. آمِيّنْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluargaku dan sahabatku yang kesempitan rezeki, 
kau lapangkanlah rezekinya. آمِيّنْ

Ya Allah jika di saat ini jika ada keluargaku dan sahabatku yang bermasaalah 
diantara satu sama lain maka damaikan lah mereka. آمِيّنْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku dan sahabatku yang sesat duniawinya, berilah hidayahmu 
kepada mereka. آمِيّنْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku dan sahabat ku yang lalai, berilah petunjuk
 kepada mereka. آمِيّنْ

Ya Allah jika di saat ini ada keluargaku dan sahabatku yang bersedih hati... 
kembalikan lah kecerian diwajahnya. آمِيّنْ

Ya Allah jika disaat ini ada keluargaku dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang berliku liku, 
tunjukkan lah jalan yang lurus dan yg diridhoi oleh Mu.
Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun depan.
آمِيّنْ آمِيّنْ آمِيّنْ يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن
                                                        .. Air tak selalu jernih
┆begitu juga ucapanku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶⌣ ✽̶ 
┏┉⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Kapas tak selalu putih 
┆begitu juga hatiku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣ ┈̥-̶̯͡..✽̶⌣ 
┏┉⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Langit tak selalu biru 
┆begitu juga hidupku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶⌣ ✽̶
┏┉⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jalan tak selalu lurus 
┆begitu juga langkahku
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶⌣ ✽̶
┏┉⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆Jika Maaf itu bisa terucap hari ini 
┆Untuk Apa menunggu Hari Raya tiba ?
┆Sedangkan hembusan Nafas pun
┆Kita tak pernah tau bila akan 
┆Berhenti...
┆maka dari itu ku ingin Mohon Maaf atas
┆Kesalahan Kekhilafanku maupun 
┆Perbuatan yg sengaja ataupun tidak
┆yg kecil mau pun yg besar
└┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈⌣ ┈̥-̶̯͡..̷̴✽̶⌣ ✽̶.
. Sebelum ramadhan usai
. Sebelum Idul Fitri menjelang
.✽̶┄┈┈┈┈┈┈┈┈┈┈┉┓
┆ Sekali lagi Maaf zahir dan bathin.

Selamat berpuasa semua. Semoga kita mendapat pengampunan semua dosa2 kita dan kita mendapat syurga Allah SWT

Selamat menyambut Eidil Fitri. Semoga Allah terima amal ibadah kita semua, kita mendapat pengampunan

Selasa, 20 Jun 2017

RESEPI KUIH BUAH ROTAN



Resepi kuih buah rotan

Resepi sedap ni memang terbaik, mudah dan sedap! Share la ya.. blh buat utk raya nti:

Bahan:
1. Tepung pulut (1 1/2 cawan)
2. Santan (1 cawan)
3. Bijan (1/2 cawan)
4. Gula (1/2 cawan)
5. Garam (1/2 sudu teh)

Cara penyediaan:
1. Campur santan, gula dan garam. Masak dengan api kecil. Kacau supaya santan tak berketul. Masak hingga gula hancur. Kemudian tutup api dan biar sejuk.
2. Bila santan benar-benar sejuk, curah sedikit demi sedikit ke dalam tepung.
3. Gaul rata hingga menjadi doh.
4. Ambil adunan doh sedikit dan bentukkan menjadi bebola kecil.
5. Salut rata bebola bersama bijan.
6. Goreng hingga garing dan bewarna coklat. Ia akan terapung di permukaaan minyak bila masak.

📸Berminat viralkan perniagaan anda? PM admin.

✔️Share dan tag kawan2
Sumber : Facebook

Isnin, 19 Jun 2017

Anugerah Terindah IFTAR Adik Beradik Ipar Duai Anak Cucu 👪💑👫

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pada hari sabtu 17.6.2017 kami adik beradik utk Iftar di rumah Arwah Abah dan Mak.. mengikut atur cara pukul 5.30pm dah berkumpul di kubur utk buat tahlil dan ziarah.. oleh kerana hari hujan sepanjang hari terpaksa dibatalkan dan buat tahlil dirumah selepas solat isyak.

Ber iya kak lang saya dan menantu lelakinya tu membakar terubok dan cencaru bakar hihihi 😆
Kak lang punya sambal bakar tu yg sedap sgt.. regu pulak dgn air asam dan cili api kicap.. perghhh.. 😍😋
Kami buat secara potluck.. memasing dah ada menunya seperti wasap jemputan tu 😊

Masa berbuka sebelum solat maghrib makan kurma dan buah-buahan. Selepas tu baru makan nasi dan lain2 yg dibawa. Tak ada gambar haha😂 sebab memasing tengah menikmati terubok bakar yg meleleh air liur masa bau membakar. Adik saya bawa 5 orang anak murid tahfiznya. 

Lepas tu solat isyak dan tarawih. Adik saya yg uda tu tengah sarat mengandung. InsyaAllah 4.7.2017 ni. Maka duduklah atas kerusi.. saya pun tumpang sekali duduk apabila pinggang dah mula terasa sakit. Dah lah buat 8 rakaat.😆 
Alhamdulillah selesai semuanya.

Lepas tarawikh dan witir adik saya bagi tazkirah. Saya cuba upload video tapi tak boleh pulak. Kata adik saya kalau di Mekah dulu2 .. bila habis 4 rakaat mrk tawaf.. sehingga sampai 16 rakaat. Jadi yg di Madinah pula rasa mereka kekurangan tak dpt bertawaf. Jadi mereka solat tarawikh 36 rakaat. 
Lagi satu kalau kita buat 4 rakaat dipanggil tarawikhha iaitu satu rehat.. bila 8 rakaat dipanggil tarawikhthani iaitu 2 rehat.. dan apabila 16 rakaat baru dipanggil tarawikh.

Selepas tu diadakan majlis sambutan hari lahir bulan Mei dan Jun. Nabil lah paling suka sbb masa besday dia saya tak beli kek pun. Suka berganda sebab raikan ramai2.

Pastu kak ateh bagi hadiah hari lahir . Muka semua ada senyum 😆😊

Lepas tu saya memberi hadiah raya tupperware kek raya tu.. utk setiap adik beradik dan ipar duai perempuan.

Adik saya Itam bagi kopi pak belang.. 😆 agar bertenaga utk bertarawikh dan qiamulail utk 10 mlm terakhir ni katanya..😆😁😄

Kemudian pemberian duit hari raya pada anak2 dan cucu2.. kata ustaz elok diberi pd bulan ramadhan .. jadi sedekah dan berlipat ganda keberkatan dibulan ramadhan.

Pak cik Habib dan anak buah Nur Zahirah Makkiyyah. Yg lelaki tu anak adik saya itam tu.. yang perempuan tu cucu kak lang.. siap selit kat perut duit raya😆😅

👇 saya ambil dari FB adik saya yg itam tu.. utk mengenang moment terindah ini. Walaupun arwah mak abah dah tiada ikatan kekeluargaan perlu dijaga hingga ke Jannah 💖❤👪💑👫




اللهم صل على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق والخاتم لما سبق ناصر الحق بالحق والهادي إلى صراطك المستقيم وعلى آله حق قدره ومقداره العظيم...
AlHamdulillah wa Syukrulillah malam tadi 23 Ramadhan 1438H bersamaan 17hb Jun 2017 sekali lagi mengulangi tradisi  tahun2 sebelumnya kami adik beradik, anak2 buah, cucu2 cicit2, ipar duai berkumpul di teratak bonda kuang utk majlis iftar, tarawikh dan tazkirah ramadhan serta sambutan ulangtahun kelahiran Mei dan Jun. Berkongsi kegembiraan dan kebahagiaan termasuk dari bahagian sunnah Baginda Nabi mulia (ِاِدْخَالِِ الُّسرُور) dalam riwayat juga mengatakan (تَهَادُّوا تَحاَبّوا) saling menghadiahkan akan saling mecintai.
Terima Kasih kekanda Yatie Isa (mak cit) sbb bagi duit raya dan hadiah. Nampak seronok anak2 sedara, pak cik mak cik pun dapat hadiah...
(Teringat arwah abah... " aku dapek Henpon", hehehe)
Terima Kasih kekanda Rosnaidah Md Isa  kerana menerima kunjungan kami di teratak bonda, yang telah mewarisi kasih ayah bonda semoga dikekalkan kesejahteraan, kesihatan, dipanjangkan usia buat kekanda semua seisi keluarga. Semoga "al Wudd" (kasih sayang) ini adalah Warisan peninggalan berharga dari ayahbonda buat kita semua.
Hadis ke 22 kitab al Adab al Mufrad  (باب الود يتوارث)
عن أبي بكر بن حزم عن رجل من أصحاب النبي صلى الله عليه و سلم قال؛ كفيتك أن رسول الله صلى الله عليه و سلم قال، ان الوُدَّ يَتَوَرَاثُ.
Sabdaan baginda, Sesungguhnya perasaan kasih sayang itu adalah diwarisi.
Cukuplah ini sebagai WARISAN buat kita semua asbab warisan kasih sayang itu moga kita akan dirahmati.
Semasa kita hidup mendoakan, sudah tiada didoakan.
والذين جاءوا من بعدهم يقولون ربنا اغفر لنا ولاخواننا الذين سبقونا بالإيمان ولا تجعل في قلوبنا غلا للذين ءامنوا ربنا إنك رءوف رحيم
Ertinya; Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Ansar) mereka berdoa, Ya tuhan kami, berilah keampunan kpd kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terdahulu dari Kami. Dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman. Ya Tuhan Kami sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang.

Terima Kasih kepada semua yang memeriahkan. Pelajar2 tahfiz Haji Ishak ainurrahmah kuang, adik beradik ipar duai anak2 buah cucu2 dan cicit2.

#SemogaUkhuwahBerkekalan
#DoakanKamiDiSini
#semogAyahBondaTenangDiSana
#SolatulFatiih

Ahad, 18 Jun 2017

Jom Terus Solat Bersama IMAM..💖

Mahu Qiamullail di rumah. Perlukah meninggalkan imam ketika solat witir?

Jawapan:

Pertama: Sewajarnya solat bersama imam sehingga selesai, jadi tidak perlu balik ketika imam solat witir. Ini kerana nabi sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

إِنَّهُ مَنْ قَامَ مَعَ الإِمَامِ حَتَّى يَنْصَرِفَ ، كُتِبَ لَهُ قِيَامُ لَيْلَةٍ
Sesungguhnya sesiapa yang solat bersama imam hingga selesai, ditulis untuknya (ganjaran) menghidupkan keseluruhan malam. [[Imam an-Nasaie dalam as-Sunan al-Kubra, Kitab Qiyamillail Wa Tathowu’ an-Nahar, hadis no : 1281]

Kedua: Perlu diingatkan bahawa witir hanya boleh dilakukan sekali sahaja dalam 1 malam.

عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقِ بْنِ عَلِيٍّ ، عَنْ أَبِيهِ ، قَالَ : سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : ” لَا وِتْرَانِ فِي لَيْلَةٍ “
Thalaq radiallahu 'anhu berkata: Aku mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Tiada dua witir dalam satu malam.

[Sunan at-Tirmizi, Kitab as-Solat, Abwab al-Witr, hadis no: 432, hasan gharib]

Ketiga: Oleh sebab itu, jika anda mahu mendirikan Qiamullail, ada 2 cara:-

A- Solat witir bersama imam di masjid. Ketika bangun Qiamullail tidak perlu lagi solat witir. Tiada masalah mendirikan solat sunat walau sudah mendirikan solat witir.

‘Aisyah radiallahu ‘anha berkata:

كَانَ يُصَلِّي ثَلَاثَ عَشْرَةَ رَكْعَةً ، يُصَلِّي ثَمَانَ رَكَعَاتٍ ، ثُمَّ يُوتِرُ ، ثُمَّ يُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ وَهُوَ جَالِسٌ
Baginda solat sebanyak tiga belas rakaat. Baginda melakukan solat sebanyak lapan rakaat, kemudian melakukan witir (sebanyak lima rakaat), kemudian solat dua rakaat dalam keadaan duduk.
[Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafirin Wa Qasriha, Bab Solat al-Lail Wa ‘Adadi Raka’ati, hadis no: 1226]

B- Solat bersama imam, tetapi ketika imam solat witir, kita berniat untuk solat sunat 2 rakaat. Jadi apabila imam memberi salam, kita menambah satu rakaat lagi. Dengan ini, kita dapat melaksanakan witir di hujung malam selepas qiamullail.

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ ، عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : ” اجْعَلُوا آخِرَ صَلَاتِكُمْ بِاللَّيْلِ وِتْرًا ” .
‘Abdullah bin ‘Umar radiallahu ‘anhuma meriwayatkan Nabi sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Jadikanlan witir sebagai akhir solat kalian di waktu malam.
[Sahih al-Bukhari, Kitab al-Jumu’ah, Abwab al-Witr, hadis no: 948]

Wallahua'lam.
*Di atas merupakan ringkasan daripada fatwa ulama yang boleh dibaca di sini http://alkahfi.com.my/witir-bersama-imam-atau-balik-awal/

Jumaat, 16 Jun 2017

Ulangi Setiap Hari 6 PERKATAAN .. bagi 10 Malam Terakhir ini..

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita beroleh rahmat Allah dibulan ramadan yg mulia dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.
Dah 21 hari kita berpuasa.. semoga kita beroleh maghfirah dari Allah di sepuluh malam terakhir ini.. serta sampai ke penghujung dengan kemenangan.. InsyaAllah..


*6 Perkataan Ulang Sebanyak Mungkin Dalam 10 Hari Terakhir*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*1. Allahumma*
*2. Innaka*
*3. 'Afuwwun*
*4. Tuhibbul*
*5. 'Afwa*
*6. Fa'fu 'Anni*

*Yang bermaksud:*
*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*Doa ini diberikan oleh Nabi Muhammad saw kepada isteri baginda Siti Aisyah melalui kisah berikut:*

*Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam semoga terlimpah kepada Rasulillah, keluarga dan para sahabatnya.*

*Doa di atas adalah doa yang berkaitan dengan sepuluh hari terakhir dari bulan Ramadhan dan punya kaitan dengan Lailatul Qadar. Doa tersebut menjadi sangat istimewa karena diajarkan sendiri oleh Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam kepada isteri  tercinta beliau, ummul mukminin 'Aisyah Radhiyallahu 'Anha. Yaitu saat 'Aisyah bertanya, "Wahai Rasulullah, bagaimana menurutmu jika aku mendapatkan Lailatul Qadar, apa yang harus aku baca?" kemudian Beliau Shallallahu 'Alaihi Wasallam menjawab, "Ucapkanlah:*

اللَّهُمَّ إنَّك عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

*"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha pemaaf dan senang memaafkan, maka maafkanlah kesalahanku."*

*(HR. al-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad. Imam al-Tirmidzi dan al-Hakim menshahihkannya)*

Sumber : WhatsApp

Khamis, 15 Jun 2017

JOM REBUT MALAM 10 TERAKHIR RAMADHAN.😍📖📈🌒⭐

💡Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan
Oleh  Sheikh Tawfique Chowdhury 💡

1. Mulailah dengan *niat yang bersih  dan tulus* Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksimal, bersiaplah untuk *memaksimalkannya*. *Jika kau benar2 ingin memperbaikinya, masih ada waktu!*

2. Hari ini, *bacalah tafsir surat AlQadr*, dan *pahami* apa yg sesungguhnya terjadi pada malam laylatul qadr. Kau akan merasakan *keagungan dan kekuatannya* in syaa Allaah.

3. *Jangan menunggu hingga malam ke 27* untuk mengerahkan segalanya.  *Seluruh malam dari 10 malam terakhir seharusnya jadi targetmu*. *Bangunlah setiap malamnya. Jangan sampai laylatul qadr terlewati begitu saja*.

4. Ikutilah sunnah nabi shalallaahu 'alayhi wasallam. Tuntunan beliau adalah : *"barangsiapa yang berjaga (tdk tidur) dan berdoa pada malam laylatul qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa2nya yang telah lalu akan diampuni."*

5. Hafalkan doa malam laylatul qadr yang diajarkan Rasulullaah shalallaahu 'alayhi wasallam ini : *Allaahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa' fu'anni* (ya Allah, engkau maha pengampun dan menyukai pengampunan, maka ampunilah aku).

6. Siapkan *daftar pendek doa doa* untuk dipanjatkan. Ingat, ini adalah *waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba*. *Malam Qadar!* *Malam ditetapkannya takdir!* Pilihlah doa *doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu*. *Jangan lupakan saudara2mu muslimin yang tengah kesusahan di berbagai belahan dunia*


7. Sempatkan tidur siang sejenak jika memungkinkan. *Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah isha dan tarawih sekedar untuk menyegarkan diri*.  *Lalu bangunlah untuk beribadah*.

8. *Jangan lupakan keluargamu!* Rasulullah  membangunkan para istrinya pada malam2 ini. Anak2 pun bisa diajak beribadah untuk beberapa saat, walau mungkin tidak selama orang dewasa. *Siapkan, semangati dan motivasi mereka!*

9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. *Pakailah pakaian yang bagus  dan wewangian* (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

10. Pilihlah *spot khusus yang kondusif untuk beribadah*, apakah itu di *mesjid atau di rumah*. *Letakkan sajadah, mushaf dan air minum sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum*.

11. Ini *BUKAN malam untuk pasang status* (misalnya : "alhamdulillaah, nikmatnya bermunajat kepadaNYA malam ini" dsb)  di FB atau media sosial apapun. *Biarlah itu jadi rahasia indah antara hamba dengan Rabbnya*. Maka, *matikan dulu HP, tablet dan komputer*. Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan *nikmati jalinan hubungan dengan al-'Afuww!*

12. Jika mengantuk, maka *variasikan bentuk ibadah antara shalat, bermunajat dan membaca Qur'an*. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat ngantuk, dengarkan sebentar saja untuk mengusir kantuk.

13. *Sabar adalah kuncinya*. *10 malam terakhir mungkin akan sangat melelahkan. Anda mungkin masih harus bekerja, sekolah atau altifitas lainnya. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kelelahan itu*. *Ingatlah Allah telah menganugrahimu dengan kesempatan berharga (akan luasnya ampunan)yang mungkin saja tidak datang lagi*. *Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahwa ini adalah ramadhan terakhir kita dan surga hanya selangkah lagi?*

14. Ini yang *paling penting : husnudzhon* *lah kepada Allah*. Ketika bermunajat, ingatlah kau sedang meminta pada *Raja Yang Maha Pemurah*. Jika kau berharap yang *terbaik*, Dia akan memberimu yang terbaik. *Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapanNYA*. *Jangan biarkan keragu2an dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Arrahman Arrahiim*.

Allahumma ballighna layl atal qadr.

Semangat dan optimalkan amal ibadah qita di 10 hari terakhir mohonlah kepada Allah SWT agar kita diberikan kesabaran utk bertemu dengan malam laylatur qadr. Ya Allah Ya Rab pertemukanlah hambamu dengan malam laylatur qadar di bulan ramadhan tahun ini. Aaminn YRA...

Sumber : whatsapp

Selasa, 13 Jun 2017

AYAM PANGGANG AJAIB 🍗🍗

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendak..

Tengok di wall FB resepi ayam panggang ni cukup mudah.. nak cuba jugalah utk berbuka puasa cuti ni.. jom kita save dulu.. terima kasih pd yg kongsi resepi ni..


Ayam Panggang Ajaib. Menu mesti di sediakan berbuka puasa, bukan bulan puasa pun selalu saya sediakan. Jadi....Mari saya kongsikan resipinya.

AYAM PANGGANG AJAIB

1 Ekor ayam dibelah belakang dan dibersihkan.
3 biji bawang besar saiz sederhana
2 ulas bawang putih
8-10 cili kering
1 batang serai
1 inci halia
2 inci kunyit hidup
3 sudu gula - kalau suka lebih manis boleh tambah gula lagi.
1 camca kecil garam

Cara memasak....
1. Lumurkan garam dan gula pada ayam
2. Cili kering digunting dan direbus dahulu.
3. Kisarkan bawang, cili kering, halia, kunyit dan serai.
4. Lumurkan pada ayam hingga rata.
5. Perap sekejap dalam 10-15 minit.
6. Bakar menggunakan pemanggang Ajaib selama 50 minit hingga 1 jam api perlahan. Pastikan pemanggang ditutup ya. Kenapa saya masak lebih kurang 50 minit - sejam? Kerana bahagian dada tu tebal. Kalau dipotong kecil2 setengah jam bakar dah masak dah. Ok.... Kalau X ada pemanggang Ajaib boleh dibakar dlm microwave atau oven ya. Bakar selama 1 jam. Suhu....ikutlah pada microwave dan Oven masing2.
7. Sekali sekala balik2 dan buka lihat keadaan ayam. Kalau tak buka tengok nanti hangus pula. 😂😂😂
8. Apa bila masak boleh la dihidangkan.

# Selamat mencuba. 😃

Kenapa saya beri nama Ayam Panggang Ajaib? Kerana Saya panggang Ayam ini dlm pemanggang Ajaib. Sebab tu saya beri nama Ayam panggang Ajaib. 😃

Sumber : Facebook

Isnin, 12 Jun 2017

SALAM NUZUL AL QURAN 😊😍😘📖

Assalamualaikum kekawan..
Selamat menyambut Nuzul Al Quran.. 
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Al-Quran diturunkan melalui Jibril, lalu jadilah Jibril sebaik-baik malaikat

Al-Quran diturunkan  kepada Muhammad, lalu jadilah Muhammad penghulu segala makhluk

Al-Quran dikhususkan kepada umat Muhammad, lalu jadilah mereka sebaik-baik umat

Al-Quran diturunkan di bulan Ramadan, lalu jadilah Ramadan sebaik-baik bulan

Al-Quran diturunkan di malam al-Qadr, lalu jadilah malam al-Qadr sebaik-baik malam

BAGAIMANA SEKIRANYA AL-QURAN ITU DITURUNKAN ke kita semua?

-Sheikh Dr. Khalid al-Jubair

Semoga Hati-hati kita terpilih..

Ahad, 11 Jun 2017

BISKUT SEMPERIT GEBU

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti dihujung minggu.. moga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Saya dah beli acuan kuih samperit ni tapi tak tahu bila nak buat hihi😆 sekali tu keluarlah pulak resepi kuih semperit gebu gebas di FB.. naik semangat nak buat semula.. jom lah kita gi beli bahan2.. 😁😊

Biskut Semprit Gebu
Bahan-bahan ( 200 Biji )

200 gm marjerin/butter
1 cawan tepung gandum
1 cawan tepung kastard
1 cawan tepung jagung
1/2 (setengah) cawan gula
1 biji Kuning Telur
1 sudu esen vanila
Hirisan buah Ceri secukupnya
Pewarna Kuning Telur

Cara-cara :-
Pukul marjerin dengan gula hingga kembang.
Kemudian masukkan kuning telur diikuti dengan esen vanila dan Pewarna Kuning.
Apabila semuanya dah sebati masukkan tepung gandum, tepung jagung dan tepung Kastard sedikit demi sedikit.
Bentukkan dengan menggunakan acuan semperit dan hiaskan ceri merah di atasnya.
Bakar selama 15-20 minit pada suhu 150C

Selamat mencuba..
Jangan lupa share..

Sumber : Facebook

Sabtu, 10 Jun 2017

KEK COKLAT GUNA BLENDER

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya. 
Tadi leka melayan FB..
Sekali keluar resepi kek coklat ni.. sonang bonar buek inyo.. guno blender jo..😂😁
Tak bulih nak bagi alasan yo Azimah.. rajin dgn tak rajin yo..😊
Murtabak biskut den tak cubo laie😆


Cara mudah buat kek coklat, tak perlu mixer tak pening kepala.. hanya guna blender sahaja..

Bahan2:
1 cwn serbuk koko
1 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn gula
1 cwn minyak
3 biji telur

- semua bahan kat atas masukkan semua dalam blender dan kisar selama kurang 5 minit. Panaskan air dalam periuk kukusan.

Bahan2 ayak:
1 1/4 cwn tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
- adunan yang telah dikisar dimasukkan dalam bekas dan masukkan tepung. Kaup balikkan. Tapis dan letak dalam loyang. Kukus 45 minit dgn api sederhana. Nak tau masak cucuk ngan garfu kalau x melekat dh masak

Sumber resepi : Suhana Aziz

Jumaat, 9 Jun 2017

KHASIAT KURMA

*KHASIAT KURMA*

*MENGAPA KURMA DI BENCI JIN DAN SETAN DAN MENGAPA NABI SAW MEMAKANNYA DALAM HITUNGAN GANJIL.*

*INI JAWABAN NYA.*

    *Sepercik Hikmah*

Mengapa kurma dibenci jin dan setan?

Serta mengapa Nabi SAW memerintahkan kita, memakan dalam hitungan ganjil 3, 5, 7, 9 atau 11 dan dimakan pada pagi hari?

Dan yang paling baik makan tujuh biji kurma. Baik dari segi Agama dan ilmiah penjelasan atas pertanyaan ini yaitu ternyata kurma membuahkan daya perlindungan tubuh manusia dan membuat perisai dan pelindung untuk tubuh manusia.

Amir bin Saad dari ayahnya – berkata: Rasulullah, sallallahu 'alaihi wasallam bersabda:
*Lakukanlah ikhtiar perlindungan dari sihir dengan memakan 7 biji kurma.*

Penelitian sudah tunjjukkan kalau buah kurma miliki manfaat utama.

*1.PERTAMA*
Kurangi tingkat kolesterol dalam darah dan mencegah kesumbatan disaluran darah.

*2.KEDUA*
Mencegah cancer usus besar serta mencegah penyakit bawasir dan kurangi bentuk batu kepahitan dan membantu tahap kehamilan serta waktu bersalin, lantaran mengandung serat serta makanan yang baik pencernaan dan gula.

 *3-KETIGA*
Mencegah kerusakan gigi karena mengandung fluorine.

*4.KEEMPAT*
 Mencegah racun karena mengandung natrium, gallium dan vitamin C.

*5.KELIMA*
Penyembuhan kekurangan darah merah karena mengandung zat besi, tembaga, vitamin B-2.

*6.KEENAM*
Obat untuk penyakit lemah tulang karena mengandung kalsium, fosfor, vitamin A.

*7.KETUJUH*
Penyembuhan untuk kehilangan selera makan dan kurangnya fokus karena mengandung gallium.

*8.KEDELAPAN*
 Untuk pengobatan kekurangan umum dan jantung berdebar karena mengandung magnesium, tembaga.

*9.KESEMBILAN*
Obat cancer sendi dan otak karena mengandung boron.

*10.KESEPULUH*
Anti-cancer karena mengandung selenium.

*11.KESEBELAS*
Pengobatan disfungsi ereksi karena mengandung boron, vitamin A.

*12.KEDUABELAS*
Perawatan untuk kulit kering dan penyakit cornea mata kering serta kebutaan malam karena mengandung vitamin A.

*13.KETIGABELAS*
Obat untuk penyakit saluran pencernaan saraf karena mengandung vitamin B1.

*14.KEEMPATBELAS*
Perawatan untuk rambut gugur dan stres mata serta selaput lendir rongga mulut serta inflamasi bibir karena mengandung vitamin B-2.

*15.KELIMABELAS* Perawatan inflamasi kulit karena mengandung vitamin niacin.

*16.KEENAMBELAS*
Obat untuk penyakit kudis, melemahkan keseluruhan tubuh dan jantung berdebar, sesak napas dan kecot pembuluh darah serta timbulnya bintik-bintik merah pada kulit serta kekurangan dalam tulang dan gigi, karena mengandung Vitamin C, atau ascorbic acid 2.

*17.KETUJUHBELAS* Pengobatan keasaman diperut karena mengandung klorin, natrium dan gallium.

*18.KEDELAPANBELAS* Pengobatan penyakit gusi dan kekurangan saluran darah capillary, kekurangan kekuatan otot dan tulang karena mengandung vitamin C.


*SEBAR LUASKAN KEPADA KERABAT DAN SAHABAT SEMOGA  BERMANFAAT*

P/s Anak2 saya sukar juga nak disuruh mkn kurma tu sebiji2 mcm tu.. jadi utk membuat mrk mkn kurma.. saya buat air nabeez.. Alhamdulillah mereka suka dan membuat mereka kenyang sepanjang hari. Masa nak sahur mrk minum air nabeez dulu semasa perut kosong.. lepas tu saya suapkan mrk sesudu madu. Kemudian baru mereka mkn nasi. Masa berbuka saya buat kan juga air nabeez ni.. jadi bertenaga utk solat tarawih. Tapi jgn masuk esbok. Hilang khasiatnya.
Susu kurma pun bagus. Saya beli yg ready made tu.

Khamis, 8 Jun 2017

Random Photo.. Puding Diraja ..😆😅

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Beli puding diraja ni masa puasa yg ke empat kot.. masa tu pergi pasar malam nak cari sayur jer.. sekali tu terjumpa pula penjual nasi kerabu tu jual puding diraja.. saya tak pernah rasa pun.. teringin nak rasa tu yg beli.. boleh tahan harganya.. satu bekas RM7.00.
 Kakak nabilah beli nasi kerabu utk berbuka tu baru RM5.50 hahaha.. najeeha pula nak berbuka nasi beryani ayam masak merah.. nabil masih lagi mkn bubur sebab takut sakit perut berulang lagi.. tunggu sehingga baik baru boleh mkn yg keras2.

Yang en suami terjumpa pulak murtabak singapore.. di param .. masa tu nak beli jus buah.. rasanya tak boleh lawan murtabak singapore di Muar .. kg hainom tu.. mmg power..
Skrg en suami suka sgt beli jus buah fresh kat param tu sebab dia blend kat situ. Jadi kita boleh minta jgn letak ais dan letak gula sikit saja.

Baru berkesempatan 2 kali berbuka dan solat tarawih di masjid negeri Shah Alam.. rasanya tak seperti tahun dulu.. setiap hari bertarawih di masjid.. kebanyakan solat dirumah dan surau kat taman ajer. 

Dalam bulan ramadhan ni.. Si Putih melahirkan anak :) 😊
Putih ni kucing jiran tapi dah jadi kucing angkat pulak.. puncanya dia jadi kucing angkat ni.. jiran saya balik kg emergency.. jadi terlupa nak bawa balik kg sama si putih ni.. lama juga dia balik kg.. 5 hari.. jadi putih bertandanglah kerumah kami.. kelaparan.. budak nabil dan kak nabilah suka kucing.. jadi kami bagi mkn.. siap gi beli mknn kucing tu.. sejak dari itu .. putih selalu bertandang ke rumah.. kekadang tido dirumah kami😊 si putih pandai beradap di rumah org.. selagi tak dijemput masuk.. dia hanya meletak kepalanya didepan pintu hihihi.. bila kata.. masuk lah putih..  baru dia masuk..
Ada 4 ekor anaknya.. 1 ekor hitam.. 1 ekor kelabu dan 2 ekor tompok hitam putih.. saya ni dan jeeha geli sikit anak kucing baru lahir.. wasap jiran saya yg putih dah beranak.. suruh dia dtg ambil.. jaga.. bila dah besar sikit nak dtg rumah pun tak apa hihi😊

Rabu, 7 Jun 2017

TIPS MEMILIH BUAH TEMBIKAI🍉🍉🍉

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dlm rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..





Bulan puasa ni.. buah-buahan menjadi pilihan utk berbuka puasa.. sama ada dimakan mcm tu atau dibuat jus.
Saya ni kurang mahir memilih buah tembikai.. kekadang dapat yg masaknya tak sempurna. Bila ada yg kongsi FB tentang tips memilih tembikai ni.. teruja saya nak mencubanya.. selalunya saya beli yg siap dibelah dua atau suku tu kan.. nampaklah merah dan cantik isinya.. kalau beli yg sebiji tu memang selalu gagal 😀😀
Terima kasih pada yg kongsi tips ini.
Sumber : Facebook

Selasa, 6 Jun 2017

Yang MUDAH Tapi Sering TERLUPA 😦😳

BAGAIMANA CARA BERZIKIR
KETIKA SIBUK BEKERJA?

Zikir ialah ibadat paling ringan tetapi amat berat timbangan pahalanya. Walaupun mudah dan ringan diamalkan, kebanyakan muslim lupa melakukannya disebabkan tidak dilatih berbuat demikian.

Semangat kerja Nabi Allah Idris AS patut dicontohi. Baginda adalah seorang tukang jahit yang mencari nafkah dengan hasil usaha tangannya sendiri. Pada suatu hari ALLAH SWT berfirman yang maksudnya: “Wahai Idris, tahukah kamu mengapa Aku mengangkat darjatmu hingga ke tempat yang sangat tinggi? Sebagaimana firman ALLAH yang bermaksud: “Dan kami mengangkatnya ke kedudukan yang tertinggi.” (Surah Maryam; Ayat 57). Nabi Idris menjawab: “Saya tidak tahu wahai Tuhanku.” ALLAH berfirman: “Setiap hari amalanmu terangkat ke sisi-Ku seperti setengah amalan penduduk dunia ini kerana kamu banyak berzikir.” ALLAH berfirman yang maksudnya:“Kepada-Nyalah naik perkataan-perkataan yang baik dan amal yang soleh.” (Surah Fatir: Ayat 10)

Demikianlah keutamaan Nabi Idris AS kerana setiap kali baginda menusukkan jarumnya, pasti kalimah zikrullah yang empat diucapkan iaitu; Subhanallah, Walhamdulillah, Walailahaillallah, wa Allahu Akbar. Pekerjaan yang dilakukan sambil berzikir sungguh berat timbangannya di sisi ALLAH dan boleh menyuntikkan semangat untuk berjaya semata-mata kerana keredhaan ALLAH.

Zikir adalah amalan yang paling mudah dan ringan tetapi amat berat pahalanya. Syaikh al-Islam al-Imam Ibnu Taimiyah dalam kitab agungnya, Majmu’ al-Fatawa menyatakan; Amalan yang paling utama selepas amalan yang fardhu adalah zikrullah. Dalam hadis sahih riwayat al-Imam Ahmad dan al-Tirmizi, Rasulullah SAW bersabda:“Mahukah kamu aku tunjukkan amalan yang paling utama dan yang paling bersih di sisi ALLAH? Lebih baik daripada kamu bertemu dengan musuh-musuhmu lalu kamu memenggal leher mereka dan mereka juga memenggal leher-lehermu? Para sahabat menjawab: Tentu wahai Rasulullah. Rasulullah bersabda: "Zikrullah.”

Demikianlah zikir yang dilakukan. Ia tidak memerlukan wuduk dan ia tidak dibatasi oleh waktu dan tempat. Di mana dan bila-bila sahaja dan dalam keadaan apapun ibadat ini boleh dilakukan. Sungguh senang tetapi ramai manusia yang meninggalkannya.

Al-Imam Ibnu al-Qayyim menyatakan: “Baginda memberi petunjuk supaya berzikir dalam setiap ucapan, tindakan, tarikan nafas, kala berdiri, duduk dan berbaring, gerak geri baginda adalah zikir kepada ALLAH".

Rasulullah SAW adalah seorang manusia yang paling sibuk dengan dunianya dan paling bersedia untuk bekalan Akhiratnya. Baginda adalah seorang Ketua Negara yang amanah, Mahaguru yang dihormati, pakar motivasi, Jeneral perang dan penganalisis politik yang hebat, ketua rumah tangga yang adil, pendakwah yang karismatik, ayah yang penyayang, saudara lelaki yang penyantun. Seluruh masa dan tenaga dikerahkan untuk memastikan mereka yang hidup di sisi baginda mendapat kebahagiaan dunia akhirat. Begitu juga dengan kita yang memenuhi hari-hari dengan kerja dan zikrullah, pastikanlah ianya tidak terhenti kecuali kedua kaki ini telah sampai di pintu kenikmatan tertinggi, Syurga yang abadi!

Sumber : WhatsApp

Isnin, 5 Jun 2017

Anak Ada Maruah Diri..😍😙😘💖💕

Dulu Masa kecik saya selalu bergaduh ngan abg saya no 5.. Macam anjing dengan kucing.. Ibaratnyee.. Hehe.. Tapi mak saya selalu menangkan abg saya.. Mak selalu marah saya rotan saya.. Pernah sekali saya pernah mencarut.. Kuar perkataan bukan2.. Semoga Allah maafkan saya..Abg2 pun apa lagi tangkap saya dan mak amek cili dan cilikan mulut saya.. Perghhh rasa 2 inci laa tebal mulut ni.. Padahal tu salah abg saya.. Bukan salah sy.. Saya rasalah.. Haha..

Satu hari saya duduk dalam satu ceramah parenting daripada satu orang ustaz ni.. Ustaz tu kata "Kalau anak kita bergaduh yg kecik dan besar.. Jangan marah yg besar.. Sebab dia dah besar.. Malu dia depan adik dia dia kena marah.. Tapi marah yg adik.. Nanti abg dia tengok adik dia kena marah si abg akan rasa kesian pada adiknya.."

Saya terus terfikir.. MasyaAllah mak saya tak pernah pun pergi ceramah parenting saya rasa.. Atok2 nenek kita tak pernah pun pergi kursus sebagainya..

Tapi rupanya mereka ni orang tua2 masyaAllah cara mereka mendidik menyebabkan kita hari ni jadi "manusia"..

Ada sorang cikgu ni bagitau saya satu lagi ilmu.. Macamana nak kasi anak2 kita berkasih sayang.. Rupanya dari kecik lagi kita kena latih mereka bagi hadiah sesama dia.." akak.. Ni hadiah adik bagi.. Akak cakap akak syg adik..." kadang2 bagitau jugak kat kakak.. "adik.. Ni kakak ada bagi hadiah.." sebenarnya kita yg bagi hadiah tu.. Tapi gunakan nama anak2 kita yg bagi.. Nanti mereka sayang antara mereka..

Sedih lihat hari ni.. Kadang2 pergi shopping dengan wife tertengok gelagat mak ayah.. Marah anak depan orang ramai.. Cubit lempang depan orang dan depan anak2 yg lain.. Saya baru faham sebenarnya setiap anak ni ada maruah masing2.. Jangan jatuh kan air muka anak kita depan anak2 yg lain supaya mereka saling dapat syg menyayangi.. Hormat menghormati..

Sebab tu kadang2 saya di tanya.. "Anak saya ni makin besar dah makin xnak ikut kami pergi mana2 ustaz..budak2 sekarang.." Bagi saya sama sahaja budak sekarang dan budak dulu.. Tapi bagaimana cara kita mendidik dan suasana yg kita wuhudkan di rumah dan di tempat dia belajar..

Anak2 hari ni lebih suka duduk dengan kawan2 mereka sebab kawan2 lebih pandai menghargai dirinya berbanding kita ibu bapa hargai anak kita.. Kita lebih suka bercakap dengan talifon dan senyum pada talifon berbanding senyum dan bercakap dengan anak2 kita.. YaAllah.. Ampuni kami.. Semua salah saya..

Saya pernah di kongsi satu orang pakcik dia suami kepada cikgu kimia saya dulu cikgu Joned Badar.. Pakcik mus ada 11 orang anak lelaki.. Dan semua berjaya macam2 profession.. MasyaAllah.. Masa kecik anak2 mereka ni kalau dtg raya habis rumah orang dikerjakan.. Pecah sana pecah sini.. Tuan rumah berbulu je tengok.. Tapi pakcik mus ni hanya senyum dan tegur2 biasa je.. Tapi lepas balik rumah.. Pakcik mus akan bawa anak dia yg buat salah tadi masuk kereta dan bawa pusing2 makn ais krim lepas habis makan dia akan marah dan nasihat anak dia dalam kereta sorang2..

Bukan di hadapan anak2 yg lain.. MasyaAllah.. Banyak saya belajar dengan pakcik mus..

Kadang2 perasan tak.. Kita kata kat anak kita "ibu nak ahmad balik sebelum pukul 6.30..!" Bila dia balik lewat kita marah mereka kita tengking mereka kita pukul mereka.. Tapi ada masa dia balik lagi awal daripda 6.30 kita lupa nak hargai mereka.. "Bagus anak ibu balik awal.. Anak soleh betul...." Kadang2 kita kedekut nak puji anak kita.. Kita lebih suka lihat kebaikan anak orang lain.. Puji anak orang lain berbanding kita puji darah daging kita sendiri.. YaAllah ampuni kami.. Semua salah saya..

YaAllah tuahn kami..maafkan kami..kami bodoh.. Tak pandai jadi ibu dan ayah.. Kami abaikan tanggungjawab kami untuk didik anak kami cara sunnah.. Kami tak kenalkan mereka denganMu dan nabi saw... Maafkan kami yaAllah kami lebih sibuk dengan dunia kami harta kami berbanding didik anak2 kami jadi seperi sahabah rhum.. YaAllah ajarlah kami jadi ibu dan ayah seperti sahabah RHum.. Wahai Allah tuhan kami.. Janganlah jadikan anak2 kami sebagai pengahalang pda kami untuk masuk syurgaMu.. Amiiin

Share jika terkesan di hati dan bermanfaat untuk jadi ibu bapa yg baik..

Motivator Remaja,
Ustaz Khailil Razak

1 to 1 Motivation Program untuk anak yang bermasalah dan boleh boleh juga buat kem cuti sekolah kumpulan kecil max 5 orang kumpulkan sepupu atau anak2 jiran dengan kos yg lebih rendah boleh hubungi 0137791637

#StoryUstazTido
Sumber: Facebook

Ahad, 4 Jun 2017

KUIH GUNTING 😍💖

Assalamualaikum kekawan..
Selamat bercuti di hujung minggu..
Buat hainom dan keluarga selamat bermusafir.. semoga dipermudahkan segala urusan AB mendaftar Uitm tu..

Hari ini jumpa kuih raya nostalgia.. Kuih Gunting.. ini lah kuih kegemaran saya dulu-dulu.. masa tu mana ada kerepek bawang ke.. popia nestum ke.. ini lah kuih yg sgt mudah dibuat. 
Terima kasih yg berkongsi resepi di FB ni.. saya parking dulu kat sini.. nanti balik kuang nak buatlah dgn adik uda dan kak andak..


Hari ni sy nak share resepi KUIH GUNTING 😊

Bahan A (blender)
-4biji bawang besar
-2 genggam udang kering
-3sb jintan kasar
-3sb jintan putih

-1kg tepung gandum
-4sb marjerin pelangi dipanaskan (boleh lebih kan jika nak lembut sedikit,sy suka keras2 sikit)
-1sb garam halus
-2 genggam daun kari
-2 genggam daun sup
-2sb cili kering kisar
-air secukupnya

Cara2nya:
1. Masukkan marjerin yg dipanaskan ke dalam tepung gandum,gaul2 kan. Masukkan bahan A, gaul rata

2. Masukkan garam, daun sup, daun kari,cili kisar.Gaul lagi masukkan air sedikit demi sedikit sehingga jadi doh

3. Canaikan doh,kalau suka yg nipis boleh canai nipis2,sy suka tebal sedikit

4. Masak atas pan sekejap shj,utk memudahlan kita gunting nanti

5.Sedia utk digunting,ikut suka nak gunting mcm mana 😊

6.Goreng dalam minyak yg panas bersama dgn daun kari. Goreng sehingga keemasan

7.Tapis & sejukkan,simpan dalam bekas kedap udara.

credit : Nurul Fasihah Zamahidi‎ #mahn

Sabtu, 3 Jun 2017

BISKUT KELAPA

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya.😊
Sedang saya melayari FB.. tiba2 muncul pula biskut ni di wall FB saya..
Terus teringat almarhumah emak.. dulu2 masa kecik2 selalu tolong mak buat biskut raya.. salah satunya biskut kelapa ni lah.. sungguh nostalgia.. rindu pulak nak merasa nya lagi.. insyaAllah jika ada kesempatan nak buat lah.. masa terasa kerangupan biskut kelapa mak ni.. dgn kelapanya yg banyak tu..
Mak dulu2 buat jualan juga kuih2 ni.. selalunya cikgu sekolah kami lah yg tempah dgn mak... menambah pendapatan utk beli baju raya kami juga 😌
Sayang mak.. rindu mak.. damailah mak disana.. semoga roh mak sentiasa dlm rahmat Ilahi. Alfatihah.


Hari ni buat biskut kelapa ..arwah emak ..
Biskut legend ni ..tiap2 kali raya emak mesti wat biskut kelapa ni ..ranggup dn cair dimulut..
Sapa suka makan ???

Ni resepinya ..

1 1/2 cawan margerin atau planta
1 cawan gula mesin
1 biji telur
Secubit garam
1 1/2 cawan kelapa yg dimesin dn digoreng keperangan.(saya goreng sendiri kelapa tu baru garing dn wangi klu pakai yg peket tu tak sedap )
1 sudu teh esen vanila
2 cawan tepung ubi
1 cawan tepung gandum

Caranya
Kacau margerin dn gula hingga sebati ..tak payah kembang pun tak pe....masukkan telur dn garam..bila dah sebati masukkan kedua2 tepung tadi ..uli hingga tepung tak lekat ditgn..canaikan dn terapkan mengikut acuan sendiri..arwah emak suka buat acuan bulan...bakar suhu 120' sehingga bawahnya garing dn kekuninggan..

sila share semua.

credit : Rohani Ronnie‎ #mahn

Sumber : Facebook

Jumaat, 2 Jun 2017

MESEJ DISEBALIK USIA😒

MESEJ DISEBALIK USIA

  Semakin berusia semakin lemah tangan menggenggam..kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.

   Semakin berusia semakin kabur matanya... Kerana Allah sedang menggilap mata hati untuk celik melihat akhirat.

    Semakin berusia semakin sensitif....kerana Allah sedang mengajar bahawa pautan hati dengan makhluk sentiasa menghampakan namun hati yang berpaut kepada Allah, tiada pernah mengecewakan.

Semakin berusia semakin gugur gigi-giginya....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.

Semakin berusia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi....kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan ditarik.

Semakin berusia semakin rambut putih....kerana Allah sedang ingatkan kain kapan yang putih.

  Begitu juga hati...semakin berusia semakin sepi dan ingin bersendirian...kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia.

  Akhirnya ...hanya cinta Allah yang kekal sebagai bekalan menuju akhirat.

Didoakan semoga kita semua;

 ● Diberkati usia
 ● Dimurahkan rezeki
 ● Ditetapkan keimanan
 ● Dikurniakan pemikiran dan pertimbangan yang terbaik
 ● Kesihatan yang baik
 ● Berjaya di dunia & akhirat
 ● Sentiasa mendapat rahmat dariNya

Amiin ya Robbal alamin.

SILA SHARE DAN SEBARKAN

Khamis, 1 Jun 2017

Kuih Keria Gula Melaka😍💖💕

Assalamualaikum kekawan..
Selamat berpuasa dan meneruskan ibadah dibulan ramadan. Semoga kita berada dalam rahmah Allah dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..

Buat kuih keria gula melaka ni sebelum puasa itu hari.. nabil dan najeeha suka sangat.. ini nak buat lagi minggu cuti ni.. insyaAllah.. saya guna keledek oren tu.. manis sangat..

Resepi saya cukup mudah kekawan.. yg penting lembut gebus hingga ke petang.. nyum.. nyum.😊

RESEPI KUIH KERIA GULA MELAKA 
Bahannya :-
1 kg keledek(direbus dan dilenyek hancur)
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder.

Caranya :
1. Keledek yg telah dilenyek tu.. sejukkan dulu ye.
2. Bila dah sejuk baru masuk kan tepung gandum yg telah diayak dgn baking powder tu.
3. Masuk tepung sikit2, uli sehingga menjadi doh.
4. Kemudian buat bulat2 seperti gambar diatas. Sehingga habis doh tersebut.
5. Kemudian goreng dengan api yg sederhana sehingga kekuningan.
6. Kemudian angkat dan tapiskan.

Bahan sira gula :-
2 ketul gula melaka
1/2 cawan gula putih
1 cawan air.

Caranya :-
1. Panaskan air didalam kuali, kemudian masukan gula putih dan merah.
2. Tunggu sehingga gula tersebut cair sebati.
3. Tips kat sini nak tahu boleh masuk kuih keria tu ialah tunggu gula tu berbuih-buih bersarang seperti gambar diatas. Maknanya airnya dah kering tu.
4. Kemudian masukan kuih keria tu.. gaul-gaulkan sehingga sebati. Kemudian tutup api dapur.. gaul-gaulkan lagi sehingga gula bersarang meliputi kuih keria tersebut.
5. Siap dihidang bersama teh o panas . Untuk berbuka puasa nanti.