Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 4 April 2017

Menu Simple Buka Puasa😊😍 ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya :)


Semalam tengok entri kak saniah Sayur Bening , tiba-tiba datang idea nak masak sayur bening juga untuk berbuka puasa.. teringat kesedapan menghirup kuah tu.. bak kata kak saniah.. en suami elok jer menyudu satu mangkuk.. usai saya masak tu terus en suami makan .. lapor bebenor lah tu.. hahahha...
Resepinya di sini Sayur bening,boleh nak campur karot, kobis bunga bagi meriah sayur-sayuran tu, saya dah masak dulu.. malas pulak nak menyalin resepi nya semula.. gi jer klik kat pautan tu ye kekawan :)

Saya regu kan dengan terung goreng sambal.. cukuplah dua lauk saya masak.. 
Nom hang kata ada beli terung kan semalam.. kalau nak resepi boleh intai kat sini Terung Goreng Sambal :)



Yang ni tukang rasa.. dah dua kali dia merasa tu.. mula2 dia kata kurang masin.. suruh tambah sikit lagi katanya.. lepas tu Nabil kata okey dan secukup rasa hahahha.. bila saya buka puasa .. iye dah secukup rasa.. Nabil ni sanggup tunggu makan sama dengan saya berbuka.. suruh makan dengan abahnya tak nak pulak.. jadi berdua beranak elok jer menghirup kuah sampai habis satu periuk yang dimasak tu.. menyandar masing2 kekenyangan hahaaha..

23 ulasan:

  1. yang simple tu la yang sedapkan kakak....

    BalasPadam
  2. WAH SENYUM ABIL TEMANN UMMINNYA BERBUKA PUASA

    BalasPadam
  3. Bab yg simple dan campak2 tu mmg SA suka

    BalasPadam
  4. sedap nih kak... sihat pun sihat

    dana smlm buka megi grg je... lg mls

    BalasPadam
  5. alhamdulillah..sedap kan walaupun simple..

    BalasPadam
  6. Masa bulan ramadhan lagi kerap akak masak bening yatie.Mungkin dah berusia ni seleranya lebih tertarik masakan simple.Tapi regu nya mesti ada yang pedas ,baru berselera makan....pada akak lah tapi abang takde pedas pun ok.
    Akak nak try ikut resepi yatie terung goreng sambal pulak nanti.

    BalasPadam
  7. Jadi, hari ni jadikan kita nak masak pais ni, CH? Hahaha...

    Saya pun suka juga masak bening ni, sebab suka hirup kuah. Kalau ada sambal belacan, lagilah sedap!

    Semalam punya cerita saya masak kentang regu labu, ayam masak kicap dan sambal telur hancur. Bab sambal telur hancur tu yang buat habis diet, CH ^_^

    BalasPadam
  8. amboi kak yati sedapnya menu, terliur dah saya ni ha,mujur hari ni tak pose

    BalasPadam
  9. Dua lauk pun dah cukup. PH pun suka sup sayur macam tu.

    BalasPadam
  10. Hari ni den masak adik beradik bening Ti, tumis air haha... Meriah nampak bening hang Ti. Mmg sedap sungguh tu kalau Nabil pun menguah 2 kali tambah.

    Terung ni faveret den gak ni Ti...Masak sambal ke, masak pajeri mmg den suka. Tak payah lauk lain, ada ikan masin pun dah cukup!

    BalasPadam
  11. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    BalasPadam
  12. Nampak begitu menyelerakan.
    Esok kalau CH puasa lg... jgn lupa doakan saya. Hihi..

    BalasPadam
  13. Mcm saya komen kat blog Saniah, masakan camnilah yang buat makan bertambah dua tiga kali... hehhehhe... kawenkan dengan sambal belacan/budu/cencalok atau sambal kicap... perghhh!

    BalasPadam
  14. KakT, mula-mula tengok entri Kak SI, ok lagi...pastu entri ni pulak terus tekak terasa-rasa nak makan. Semalam dah selamat sayur bening kat rumah saya.

    Hai, memang dugaan betullah kalau tgk entri masak2 ni..^_^

    BalasPadam
  15. assalamualaikum yati...makan mcm ni pun dah rasa sedapnya...mkn leh bertambah2 kn...:)
    ** Mama Maszull

    BalasPadam
  16. Rasanya masak bening ni ada dua jenis. Satu masak rebus aje dan satu lagi masak tumis air. Kuah dia kena banyak untuk dihirup.

    BalasPadam
  17. sodap sodap sodap <3 suka sayur bening tu :D

    BalasPadam
  18. simple.
    terbaik.
    makan time nasi panas2 brasap!

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)