JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 5 April 2017

Legoland 2 :: Kerana TERPAKSA Kuturutkan Jua😡😨πŸ˜₯πŸ˜‰πŸ˜€

Assalamulaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Ilahi dan dikurniakan kesihatan yg baik jua hendaknya..
Sewaktu saya sedang duduk berborak dgn en suami.. Nabil dtg berlari2.. menghampiri..
"Mama mama tak cukup lagi seorang utk naik permainan dragon ni"
Saya pandang en suami.. en suami kata tak nak .. pusing tadi tak habis lagi hahaha..
Iye tak ye TERPAKSA saya yg akan melengkapi group dorang.. pastu adik ipar kata "okey kak .. best jer."
Gambar kat atas cer tengok.. betapa sayup mendaki kepuncak huhuhu

Haaa bermula untuk menjunam.. 😦πŸ˜₯dari mula naik tak sudah mengucap saya ni 😦

Pommmm meluncur kebawah... kus semangat mak ko πŸ˜₯πŸ˜₯πŸ˜₯ berpeluh rasanya 😁 habis lecun basah.. saya dah menunduk takut tu πŸ˜‚πŸ˜‚

Alhamdulillah dah sampai.. lega rasa hati 😊😍

Budak2 ni pakai baju hujan tak lah lencun basah.. muka gembira bila dah sampai bawah tu..

Ini gambar yg diambil oleh kamera yg disediakan oleh pihak legoland tu. Satu gambar ni RM60 dgn softcopy yg diberikan. Jadi saya minta pada adik ipar saya yg softcopy.. dah lah gambar saya tak nmpk muka.. menunduk . Konon nak mengelak basah tapi lencun jugak hahaha πŸ˜‚πŸ˜ƒ

24 ulasan:

  1. baru nak bertanya siapa yg mengambil gambar, dah terjawab kat bawah...
    rm60 tu sekeping ke satu set kak? kalau sekeping 60...huiii, mahainyeer lahai!

    kerana terpaksa pun takpelah kak, kalau tak naik tak tahu rasa macam mana, kan. hihihi

    BalasPadam
  2. hahhahahhaha kak yati, saya jd camerawoman jerk pergi legolanda...anak2 & bapak semua excited

    BalasPadam
  3. assalamualaikum yati..kalau naik yg ni mmg basah baju kalau x pakai baju hujan tu...

    BalasPadam
  4. NAMPAK ANAK2 YATI SERONOK MENGGELUNGSUR KE KOLAM N MERATA SAJA..KALAU KAK PERHATI JER LAH

    BalasPadam
  5. huii.memang taklah nak naik ni...mau tercabut jantung ni kak

    BalasPadam
  6. Saya pernah naik boat ni masa tu kat Genting Highland. Lama dululah punya cerita, zaman muda belia 20-an gitu ^_^

    Kalau sekarang ni suruh saya cukupkan korum naik boat ni, tidaklah saya setuju! Mahu saya lari. Siapa paksa saya marah nanti! Ngerilah CH. Dupdapdupdap jantung dibuatnya. Kira CH sungguh gitu berani jugalah mencuba!

    BalasPadam
  7. Game favorite saya ni kak...
    Sanggup beratur berkali kali nak naik menda alah ni... hihihi

    BalasPadam
  8. Dalam keterpaksaan yatie berani lah juga ,kalau akak maunya pengsan ke gayatan....Tapi anak2 yatie semua berani main mainan mencabar ya.

    BalasPadam
  9. bukan main mahal ye kak sekeping gambar tu.. pandai btl diaorg nk dpt duit hehehe...

    nsb lah skit tu je ye kak... klu kene naik yg ala2 roller coaster mcmne lah agaknya

    BalasPadam
  10. Kira berani tu CH, kalo saya tu rasanya mau kaku nak bangun pun tak mampu dah tu. Tapi bebudak mmg suka sangatlah tu.

    BalasPadam
  11. berani gak CH, kalau saya takla naik.

    BalasPadam
  12. Seramnya, CH! Kalau PH, tak sanggup lah...

    BalasPadam
  13. kalau sayapun fikir berpuluh kali, rasa tak sanggup nak naik, hi3

    BalasPadam
  14. Saya rasa yang ni main sampai 10x kot. Hahaha.basah lencun pastu masuk bilik keringkan baju tu bayar RM5. Adoi syok gila...

    BalasPadam
  15. MAsa pergi kesini arituh tak naik yg ni... ramai sgt orang hahaha

    BalasPadam
  16. Hihi..... nak tak nak terpaksa naik jugak ye Ti. Tapi yg tu tak delah tinggi sangat kot. Tak lawan roller coaster. Den mmg dapat merasai kengerian hang tu Ti. Kalu den pun ngeri tu tau...

    Aduhhhh... sopan santun sungguhlah. Bini sapalah ni.....naik dragon pun tersipu sipu malu ah...ah....ah ...hihi

    Baju hujan dia tal bagi ke?

    BalasPadam
  17. wow best.
    legoland. bila la aida nak sampai...

    BalasPadam
  18. sama la... saya anak beranak lencun. tapi best

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)