JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 10 April 2017

Kisah Si Mee Kari Udang Galah 😌😔

Assalamualaikum kekawan ..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya.

Apa dia disebalik kisah Mee Kari Udang Galah ni ye.. minggu lepas saya ada retreat ofis selama 2 hari .. jadi terpaksalah tinggalkan budak2 ni dengan abahnya.. Najeeha tak balik minggu tu.. jadi kerisauan dia lah dia.. hari Jumaat tu saya dah ambil baju kotor utk di basuh.. Alhamdulillah kak Nabilah balik minggu tu.. jadi boleh membantu saya meguruskan rumah dan adik-adiknya.. Masa sebelum pergi tu saya dah tinggalkan duit belanja kat Nabilah.. saya kata nanti pergi beli nasi ayam Pak Mall gi makan di asrama dengan Najeeha.. Abahnya kerja pagi tu jadi tunggu abah balik kerja baru gi asrama.. 
Hari itu ada karnival Food Truck di padang kemerdekaan Shah Alam tu.. adalah bermacam-macam jualan makanan .. salah satunya Mee Kari Udang Galah ni lah.. rupa-rupanya kak Nabilah nak sangat makan tapi abahnya tak beri beli katanya mahal sangat RM16 semangkuk kecil tu.. 
Esok ahad tu saya dah balik pukul 2.30 ptg tu.. masa abahnya datang menjemput saya tu tengok dah siap-siap bawa semua barang2 dan baju najeeha.. maknanya terus hantar barangnya.. jadi saya singgah lah kat Karnival Food Truck ni.. masa ni lah Nabil bercerita dengan saya yg kak Nabilah tu nak makan Mee Kari Udang Galah tu.. saya pun mencarilah tengok tak ada pula menjual hari tu.. saya ni kalau anak2 nak makan sebolehnya saya penuhi sebab kasihan kan , kalau anak2 nak makan.. sedih hati saya.. tambahan mereka banyak membantu saya... masa jemput saya petang tu kak nabilah tak ikut sebab nak menyiapkan barang dia balik madrasah pulak petang tu..


Jadi semalam masa pergi pasar tani pagi ahad tu saya beli lah bahan-bahan untuk membuat mee kari ini.. Saya masak selepas balik kenduri kahwin anak abang sepupu saya di Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta Kuala Lumpur.. masak mee ni mudah jer kekawan tak banyak remehnya.. 1 jam dah siap memasak.. 

Jom intai resepi mudah saya :D

RESEPI MEE  KARI UDANG GALAH

Bahannya :-
- 18 ekor udang galah size sederhana
- 3 ulas bawang merah*
- 2 ulas bawang putih*
- 1 inci halia*ditumbuk
- 2 sudu besar cili kering kisar
- 4 sudu besar kari daging
- 1 tangkai daun kari
- 1 biji bunga lawang
- 2 biji buah pelaga
- sedikit kayu manis
- 2 biji bunga cengkih
- 1 biji kentang - direbus dan dilenyek.
- 2 biji tauhu goreng yg telah dipotong 
- 2 mangkuk sederhana santan
- Air Asam jawa
- Garam secukup rasa

Caranya :-
1. Tumis bahan tumbuk, rempah kari, bahan herba, dengan cili kering kisar sehingga naik bau wangi.
2. Kemudian masukan santan, air asam,daun kari dan kentang leyek tadi.Masukan garam juga.
3. Akhir sekali baru dimasukkan udang galah dan tauhu goreng tadi. Rasa garamnya dan asamnya, jika kurang masam boleh tambah 1/2 keping asam keping.
4. Apabila dah mendidih dan elok masaknya boleh lah ditutup apinya.

Bahan sampingan :-

- 1 bungkus mee kuning cap siti - ini kakak nabilah yg hendak.
- Taugeh dicelur
- Lada Merah dihiris
- Daun sup
- Sawi dicelur
- ikut suka kekawan kalau nak letak telur rebus.
Saya malas merebus telur tu.. bahan tu pun dah cukup hihihi

Ini pinggan kak Nabilah lah.. gambar2 ni pun dia yang mengambilnya.. gembira sungguh bila saya memasak keinginannya.. "Mama terima kasih banyak masakan Mee Kari Udang Galah.. very very delicious , 2 kali kakak tambah" katanya.. terharu saya mendengarnya.. masa tu saya selesai mandi utk menghantarnya balik ke Madrasah pukul 6.30pm nanti.. sebelum tu saya dah pesan gi makan.. mama dah siap masak tu.. bungkus utk bekal balik madrasah. dia kata tak nak sebab dah kenyang sangat sebab 2 kali tambah. Malam tu pun kami dinner yg sama hihihi.. 

20 ulasan:

  1. Oh, begitu kisahnya! Biasalah CH, kita ni sebagai emak memang pantang kalau dengar anak-anak nak itu, ini terutamanya makanan. Rasa ralat tau kalau tak dapat tunaikan permintaan anak-anak. Sebab itulah ada mak yang 'curi-curi' tunaikan permintaan anak-anak ^_^

    Bab bapa mereka ni biasalah. Ada masanya itu tak boleh, ini tak boleh. Kita yang tengok muka anak-anak bila bapanya kata tak boleh tu pun jadi sedih semacam. Macam nak runtuh dunia dibuatnya tau!

    Apa-apa pun mi kari udang galah yang CH buat ni nampak sedap. Tolong jangan viralkan. Satu jam tu lamalah CH saya nak lepak kat dapur ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. "Curi2 tunaikan permintaan anak2" rasa cam pernah baca jer statement ini„ agak2nya siapa ya? .. ~_^

      Padam
  2. sedih lak baca kak... yelah, kite ni kalau mcm dana adik2 lah... kalu depa minta apa, insyallah selagi mampu dana tunaikan.... nsb lah akak nyer jns suke msk... adik2 pun kadang ngada2 nk mintak itu ini suh kakakknya msk....

    kite msti tak sampai ati kan kak klu dh anak mintak or teringin... msti kite nk tunaikan jgk walaupun mahal ke ssh ke apa kan

    BalasPadam
  3. Baru tahu kisah disebalik mee udang ni...
    Yalah sedihkan kalau tak dapat tunaikan keinginan anak ,apatah lagi dia duk asrama.Hati seorang ibu kan...
    Mujor mama Nabilah mahir masak...puas Nabilah dapat makan mee kari udang galah.

    BalasPadam
  4. betul, kan. kita kalau anak nak makan, tak sampai hati nak kata tidak. tapi kalau mahal sgt, mmg sy pun tak layan laa.. hehe

    BalasPadam
  5. Begitulah hati seorang ibu. Ibu tak makan tak mengapa, asalkan keinginan anak dapat dipenuhi...

    BalasPadam
  6. tang udang tu tak leh tahan..mahal sangat rm16. demi anak-anak kan kak
    JanjiKita

    BalasPadam
  7. Owhhhh baru tau kisah sebenarnya..

    Tertunggu2 gak entri ni, bak kata orang " penantian suatu penyeksaan. . "

    BalasPadam
  8. KALAU ANAK KITA SUKA MKN EMAKNYA PUN SERONOK SGT MEMASAKNYA..SEDAP TU

    BalasPadam
  9. Pergh sedapnya Yati, besar-besar pulak udangnya. Mcm terasa-rasa saya menghirup kuahnya yang manis dgn rasa udang. Len kali buat banyak sikit jemput kengkawan blog dtg sekali makan... hehhehe.

    BalasPadam
  10. Kat rumah ni si TLBD nak puding karemel hari tu tp tak buat buat lagi Ti. Esok lusa ingatnya nak buat kan jugaklah sebab Jumaat ni dia nak gi camp.

    Hang tak buh apa apa perasa ke Ti...sebab udang ni kan tawar jer rasa dia kan...
    Teringin jugak nak buat mee kari tp nak letak keranglah

    BalasPadam
  11. Kannn air tangan mak tu kannnn....lebih beharga dari RM16

    BalasPadam
  12. tak kisahlah anak2 nak makan apa, mesti jiwa mak-mak akan tersentuh kalau apa yg dimintak tu tak kesampaian. Mesti nak ditunaikan jugak. saya pun camtu jugak lah kak. tak sampai hati rasanya kalau anak kepingin2 makan nih!

    BalasPadam
  13. Sedapnya puan mee kari tu.. :)
    Mohon bagi kami share resipi dipage kami
    facebook.com/adninoodle

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)