JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 12 April 2017

Bila Nabil Dapat LESEN Memandu ~__^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..

Pergi test lesen memandu di Legoland hahahha.. sebelum mereka membawa kereta ni ada taklimat diberikan dalam bilik tu, saya tak masuk pun dalam bilik tu, depa jer masuk adik beradik sepupu sepapat hihihi..
Biasalah Nabil suka warna biru, jadi terus menerjah ke kereta warna biru tapi sayang sekali kereta tu macam bateri dia nak habis.. puas lah si Nabil menekan pedal tu tak juga laju pergi nya... boring sungguh dia masa tu..

Kakak Nabilah dan Najeeha lagi boring sebab stering kereta dah kena kat lutut hahahahha.. bila nak habis ni.. sebab ada trafict light juga.. bila lampu merah kena lah berhentikan..
Luas juga tempat mereka test memandu ni.. ada juga budak-budak yang terlanggar kereta kekawannya ni hihihi..
Tapi tak apalah pengalaman ..

Gembira sudah bila dapat lesen ni.. tapi melayang juga duit mama RM25 utk lesen ni.. tambah RM5 dah boleh renew lesen mama setahun hahahha..
Saya suruh kakak dua orang tu buat pilihan , sama ada nak lesen atau beli lego lain.. dorang tak nak lah lesen.. sebenar mereka dah servey nak kotak pensil lego tu.. 

Close-up sikit nabil dengan lesennya.. tangan kanan yg diangkat tu sebenarnya nak tunjuk cop di tangan tu LULUS.. jadi boleh dapat lesen memandu hihihi..

13 ulasan:

  1. Seronok laa Nabil dapat lesen memandu...
    Kesian kakak2 yg dah terlebih panjang..
    Tapi betul la, macam Irfan pun dia kata boring nak bawa kereta bila dia dah 9 tahun..
    Yang paling eksaited mcm saya ke Legoland dulu tentulah Danish...
    Sampai dua tiga kali dia beratur nak bawa kereta...
    Seronok sgt dia..

    BalasPadam
  2. ingat nabil tadah tgn hepi sgt dpt lesen memandu tu hehehhe... nabil2

    bdk2 kalau dpt memandu kereta gini dh hepi sgt ye kak... boleh tahan mahal jgk lesen nabil tu yek heheheh... tp takpe pengalaman n seronok dia

    BalasPadam
  3. wah..seronok la nabil..nanti boleh bawak mak ayah pi jenjalan naik kereta ..hehe

    BalasPadam
  4. Ingatkan lesen keta betul..hihii..tak pa tu bagi bebudak seronok main kejap.

    BalasPadam
  5. Seronoklah Nabil. Selalu jadi penumpang mama je, hari ni diri sendiri driver. Macam tak ramai orang ye Ti. Kalau tak ramai orang, tak payah nak Q panjangkan.

    Kalau mcm den ni sesuai ke hang rasa gi Legoland ni? Banyak mcm mainan untuk kanak kanak Ribena je semuanya

    BalasPadam
  6. bestkan kecik2 dah ada lesen memandu... anak kitapun dah ada lesen memandu di legoland dan kidzania...

    BalasPadam
  7. Kecik2'dah ada lesen kereta kecik ya Nabil...Seronok sungguh dah lulus .

    BalasPadam
  8. Ingatkan Nabil tengah berdoa bersyukur sebab dah lulus, boleh dapat lesen memandu. Memandu kereta lego pun takpalah. Lesen ni boleh up sikit, boleh wheel barrow juga. Hahaha!

    Nampak sangat bosan muka kakak-kakak si Nabil ni. Kalau dah mereka yang kurus macam tu lutut sampai ke stereng, kalau anak bujang tersado saya tentu tak boleh masuk dah nih!

    BalasPadam
  9. Uih, mahal juga lesennya ye, takpela Nabil, mama tgh ada duit tu, sila paw cukup2, haha.

    BalasPadam
  10. Berseri Nabil dah dapat lesen...lesen sebenar tunggu ya...

    BalasPadam
  11. Seronok Nabil bawak kereta :)

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)