Terima kasih jadi sahabat saya

JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 12 Oktober 2016

RESEPI BUBUR A'SYURA SELANGOR 😊😆 ~___^

Assalamualaikum kekawan..
Semoga kita semua berada dalam rahmat Allah dan dikurniakan kesihatan yang baik jua hendaknya..


Mak Hainom nilah bubur A'syura yang CH tunjuk kat whatsApp semalam petang tu Nom weyyy.. bahan-bahan tengok kat bawah ye ~__^

Semalam petang saya ada buat entri kata nak buat bubur A'syura ni.. gara-gara teringin bubur a'syura yang almarhumah mak buat dulu.. tapi versi Selangor lah ye.. kuah dia cair bukan boleh dipotong macam versi Kedah tu.. cuma bahan-bahannya hampir sama..

Jadi petang semalam singgah pasar malam cari bahan-bahannya nya, sampai rumah dah pukul 6.00pm, untuk makan malam dan berbuka saya, saya beli nasi kukus lauk burung puyuh, en suami nak kuey teow sup, Jeeha pulak nak Yong Taufu dan Nabil tak habis2 nak mengembeek hihii , belikan kambing bakar buat dia..

Jomlah kita intai apa bahan-bahannya untuk Bubur A'Syura versi Selangor ni kan..

RESEPI BUBUR A'SYURA SELANGOR
Bahannya :-
- 1 cawan tepung pulut, buat seperti gambar diatas, warnakan ikut suka, jeeha suka warna pink :)
- 1 mangkuk santan
- 1 sudu besar tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
- 2 sudu besar gula pasir
- 2 ketul gula melaka, besar seperti gambar diatas
- 1 batang jagung
- 1 biji pisang
- 1 biji keledek - dadukan dan rebus sekejap
- 1/2 cawan kajang hijau, rebus dulu hingga empuk
- 3 ulas durian (CH tambah nak bagi sedap lagi)
- secubit garam
- 1 helai daun pandan

Caranya :-
1. Tuang santan dalam periuk kemudian masukan gula merah, masak hingga gula merah hancur, kemudian masukkan tepung pulut yang digentel bulat-bulat tadi,
2. Lepas tu , masukan jangung, keledek, pisang, kacang hijau dan secubit garam.
3. Apabila telah mendidihkan masuk tepung jagung yang telah dibancuh tadi bagi memekat lagi kuahnya dan masukan daun pandan yang disimpul.
3. Kacau sebentar sehingga bahan-bahan mesra. Kemudian boleh diangkat dan dihidangkan.


Perghhhh terasa nikmat dapat berbuka puasa dengan bubur asyura ni.. en suami ada juga bawa bubur lambuk dari masjid.. dia kata masjid sediakan untuk orang berbuka bagi yang berpuasa 10 Muharam ni..

Hainom hang sempat tak buat bubur merah putih yg pak jilap nak tu.. kalau dekat CH dah hulur semangkuk bubur S'syura ni kat hang Nom :D

19 ulasan:

  1. yummy, suka dgn asyura, terutama ayura kelantan

    BalasPadam
  2. sedap nih kak... dana penah mkn jgk...
    akak try la bt bbr asyura versi johor pulak...

    versi johor dia mcm bbr lambuk je kak tp ada la rasa manis2 gitu...

    BalasPadam
  3. SEDAPNYA BUBUR ASYURA SELANGOR BOLEH CUBA NI..TKSH YATI KONGSI RESEPI

    BalasPadam
  4. macam tu ke bubur asyura selangor..warna warni..nampak sedap je tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi sendiri Mar..
      Akak kan orang selangor hihihi..

      Padam
  5. saya semalam pun makan bubur asyura tapi yg pekat manis punya. yg kak yati punya ni, nampak meriah, rona-roni!

    BalasPadam
  6. Rajin betullah Yati ni
    Kakak semalam makan ala kadar aje - ikan goreng, lala tumis cili dan sayur kobis (kenyang juga tau sebab berkat puasa kot hihi...)
    Lama kakak tak makan bubur asyura ni

    BalasPadam
  7. Kalau dekat akak bawa mangkuk pi ketuk rumah yatie,nak rasa bubur asyura ni....
    Akak semalam buka nasi berlauk asam pedas ikan je.

    BalasPadam
  8. Kalau dekat akak bawa mangkuk pi ketuk rumah yatie,nak rasa bubur asyura ni....
    Akak semalam buka nasi berlauk asam pedas ikan je.

    BalasPadam
  9. wahh nampak sedap. belum penah rasa lagi yang versi johor

    BalasPadam
  10. Lama dah tak makan bubur asyura ni. Nak suruh buat sendiri ikut resepi CH? Nanti-nanti dululah CH.... ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya Mak tu kan sampai hari ni tak siap-siap lagi bubur merah putih yang PakJilap nak tu ~_^

      Padam
  11. Dah lama rk buat asyura kedah yatie
    Tpi yg versi ni pun sedappp
    Lepas ni boleh lah buat
    Cayaq sikit bestkan

    BalasPadam
  12. Sedap plak nengok bubur asyura nih.

    BalasPadam
  13. wahhh memang nampak beza lah kak dengan yg versi Kedah kan... ni mcm colurful sikit..hehe

    BalasPadam
  14. Kakcik suka makan, tapi tak suka buat... :)

    BalasPadam
  15. Beb.... baru semalam mak buatkan bubur merah tu haha.....
    Teringin jugak nak buat..... tp tulah, kalau buat kena time nak visit mami,ramai sikit yg makan.....

    Tepung pulut tu ko tak rebus asing ye Tie...terus masukkan dalam kuah bubur tu? Mesti likat kuah dia ye Tie. Buh lagi tepung jagung! Emmm...ni kuah dia mesti tak macam bubur biasakan Tie...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye nom..
      Sekali kebabom jer dlm piyuk tu..
      Senang keje CH 😆😃😂
      Memang kuahnya jadi likat pekat..
      Sedap menyudu nom weyyy...

      Akhirnya dpt juga pak jilap bubur merah putih tu ye nom..
      Teringin nak buat..
      Nom bagi resepi bubur putih merah tu..

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)