JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 1 April 2014

ROJAK BUAH SEDAP.... Mudah jer nak buat... ^___^


Assalamualaikum kekawan ... Moga sihat dan ceria :)

Projek rojak buah ni masa petang hari ahad itu hari, tengok masih ada lagi 1 biji sengkuang, 1 biji mangga dan 1 biji jambu batu didalam peti ais yg belum dimakan. Lepas tu teringat pulak kuah rojak mak cik bekalkan itu hari masih ada, jadi elok lah dihabiskan buah-buahan tu sebelum expired kan kekawan.. 

Jom intai resepi dibawah yg sedap ni dari makcik.. lepas ni saya nak cuba buat sendiri kuah rojak ni :)

RESEPI ROJAK BUAH

Bahannya :-
  • 1 biji sengkuang
  • 1 biji mangga
  • 1 biji buah jambu batu
  • Boleh tambah lain2 buahan yg anda suka ye.. :)
Caranya :-
  1. Kupas kulit buah, kemudian potong kecil ikut suka anda ye, saya potong kecil seperti kiub tu
Sos Rojak

Bahannya :-
  • 600 grm gula merah dimasak dengan 2 cawan air
  • 400 grm gula pasir
  • 1 cawan cili kering kisar halus (ikut kepedasan yg disukai)
  • 1 botol kicap pekat (330ml)
  • 1 botol cili sos (340g)
  • 1 botol otak udang (240g)
  • 1/2 keping belacan dihancurkan dengan sedikit air
  • 50grm bijan
  • 300 gram kacang yg siap ditumbuk
  • 4 cawan air sejuk
Caranya :-
  1. Masak gula merah dengan 2 cawan air, bila telah mendidih angkat dan ditapis.
  2. Satukan kesemua bahan dalam periuk kecuali bijan dan kacang tumbuk, kacau rata.
  3. Masak sehingga kuah memekat. Bila kuah dah pekat masukan bijan, kacau sekata, tutup api.
  4. Kacang tumbuk boleh di masuk bersama kuah rojak atau ditaburkan diatas kuah rojak apabila hendak memakannya.
  5. Sejukan kuah dan simpan kuah rojak didalam bekas kedap udara, kemudian boleh disimpan didalam peti sejuk.

22 ulasan:

  1. tambah nenas mesti lagi best ni hihi

    BalasPadam
  2. home made ni mesti marvelouskan......kecur pulak tgk buah2 tu. adeh....

    BalasPadam
  3. Kalau kakak suka pedas lebih sikit Yati. Uh.. memang sedap.
    Kalau makan berkongsi-kongsi lagilah tak sedar tahu-tahu habis aje:)

    BalasPadam
  4. rojak buah memang2 febret akak,tapi selalu beli je....terima kasih share cara buat sos rojak tu,boleh lah akak buat sendiri nanti,

    BalasPadam
  5. salam yatie, best nya buat sendiri, akak selalu beli je kalau sos rojak ni, boleh copy resepi nanti yang boleh tambah cili kasi pedas2 haha

    BalasPadam
  6. waaa...rajinnya makcik akak ni buat kuah sendiri..dia berniaga ke? kalau saya memang beli jela jawab nya..huhu

    BalasPadam
  7. xpernah buat sos sendiri..i love rojak buah..wuaaa...sedappp...

    BalasPadam
  8. menarik ni..buat kuah rojak sendiri.. biasanya orang beli je kan.. aritu kami beli.. tak sedap sangat.. rugi je..

    BalasPadam
  9. Aku selalunya kakak ipar bekalkan kuah rojak ni T..tak pernah aku menanya resepinya..betuah punya adik ipar kan aku ni...sedapp jer dpt percuma...

    BalasPadam
  10. wahhh resepi mavelesss.. selalu dok guna mak bee jer

    BalasPadam
  11. Ni faveret hubby ni CH...tapi OKje tak pernah buat sendiri hehe
    Senang aje yek...

    BalasPadam
  12. sedapnya.... selalu beli buah makan dengan kuah rojak mak bee je. kalau takde, letak kicap, gula, garan dan cili api. hihi

    BalasPadam
  13. wah kecur liur nengok..nak try lah buat sdiri kuah tu

    BalasPadam
  14. sedapnyerr...
    janji x masam mmg nureen mkn licin nih
    klau masam bg en suami, dia suka masam hehe

    BalasPadam
  15. saya suka kuah rojak jenama Agromas dan Zuza...

    BalasPadam
  16. wahhh rajinnya...kuah homemade tu...terima kasih rsepi ni yatie...

    BalasPadam
  17. ehm sedapnyer...
    kuahtu selalu der jer dalam peti ais.. nak buat sedniri takderler...

    BalasPadam
  18. Sedap nyer ... Suke rojak buah, biasa beli jer ...

    BalasPadam
  19. terima kasih kongsi resepi kuah rojak ne .. nk cuba buat untuk open house emmm

    BalasPadam
  20. Kuah rojak..nyum2 mmg pebret..tq sis share resepi

    BalasPadam
  21. Salam ...tumpang...kalu sesiapa nak try kuah rojak mak bee ready made bleh cuba gi ke http://madeinkedah.blogspot.com.nyum² TQ

    BalasPadam
  22. Minta izin copy untuk masak yer. Tq. Assalam.

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)