JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Rabu, 15 Januari 2014

RESEPI KEK COKLAT MOIST ANIS :)

Assalamualaikum kekawan.. semoga ceria & sihat hendaknya :)


 Semalam cuti projek hanya mengemas rumah dengan en suami... rajin betul en suami mengemas hingga kemalam baru selesai mengemas bilik dan stor... banyak jugalah barang yg dikotakan utk dibuang dan dijual, kebanyakan buku dan pakaian lama yg dipilih utk dihapuskan dan disedekah kerana masih elok lagi kan...

Memasak kek ni masa cuti tahun baru itu hari masa tu, adik nak buat berendoi anaknya dirumah emak, tak sempat nak update entri berendoi Adra Safiyah... nanti jika berkesempatan saya update ye kekawan...


Siapa lagi bukan Nabil yg paling suka kek coklat ni ... tak sabar dia menunggu kek ni masak...

Sudah tentu saya menggunakan pemanggang ajaib ini dengan jayanya sekali lagi kan kekawan...


Aksi si comel mama... dengan kek coklat kegemarannya itu...

Saya guna juga pengukus untuk mengukus sebahagian kek yg lain, lambat pulak nak menunggu pemanggan tu aje kan... kira serampang dua mata lah ni...

Resepi ni saya ambil dari FB Anis kek coklat moist... Anis bercerita bagaiman dia memperolehi resepi ini... Ini saya copy paste kan dibawah... jom baca.. :)


Berkongsi Resepi....Berkongsi Rezeki....

2 minggu lepas sebelum kami balik ke kampung berjumpa ayah bonda kami..Kami ke Tanjung Malim dulu untuk bertemu buat kali ke 2 dengan Kak Ton iaitu hamba Allah yang sangat baik hati dan pemurah orangnya.Beliaulah yang memberi memberi resepi kek coklat kepada saya pada tahun 2010 dulu..

Ingat lagi semasa di kelas baking di Bagus Shah Alam pada Mac 2010,Kak Ton bagi semua participants ni rasa kek yang dibawanya..Sebenarnya Kak Ton nak bagi Chef yang rasa dan komen..Chef tu komen simple jer..tapi bila saya yang rasa.....Walllaaaa...ini la dia kek yang betul2 moist yang selama ni dicari..Sedapnyaaa!!....

Nak tanya resepi tak berapa berani jugak sebenarnya sebab melalui pengalaman2 pahit sebelum ni..sangatlahhh susah bebenor nak dapat resepi dari kawan-kawan..ishhh nak bawak ke mana la resepi tu agaknya? ke kubur ke? Awatlah nak kedekut sangat diorang ni nak bagi resepi kan..betul2 old thinking lah..Kalau lah dengan resepi tu kawan kita dapat membesarkan anak-anak,sepatutnya kita kena banyak-banyak bersyukur kerana dapat membantu salah seorang Hamba Allah..lagipun, THE MORE U GIVE, THE MORE U GET lah bebeh..

Last-last memberanikan diri jugak bertanya..Boleh bagi resepi tak kak? Kak Ton kata, bagi email..nanti Kak Ton email..Esoknya, Kak Ton betul2 emailkan resepinya!..Macam tak percaya kan....?

Resepi seperti di bawah:
Resepi Anis Choc Moist Cake:
Bahan A,

Air,minyak masak,susu pekat,gula, serbuk koko-semuanya 1 cawan.
masak bahan a atas api sederhana (masak sehingga gula larut dalam air).
2 biji telur dipukul asing didalam mangkuk dan masak sekali dgn bahan a.
Last,masuk tepung 1cawan + 1/2 sudu teh soda+ 1/2 sudu teh double action.
Kukus-kalau kek 1 kg akan masak dlm lebih kurang 20-30 minit.

Topping:
Coklat masakan
sedikit butter
Whipping cream

Campur semua buat double boil..

@

Topping resepi baru (baru diguna pd tahun 2011)
Panaskan 1 cawan minyak masak
masukkan susu pekat,serbuk koko-semuanya 1 cawan.
Kalau pekat sangat, boleh kurangkan serbuk kokonya..atau masukkan sedikit full cream.
Kacau sehingga rata..Sedia untuk di topping..

Cubalah ya,dah ramai buat dan menjadi...Semoga perkongsian rezeki ini diberkati Allah..

Sekali lagi,thank you Kak Ton for this marvellous recipe!!!....Semoga Allah membalas segala jasa baik Kak Ton yang sangat baik hati dan pemurah sangat orangnya..Kami doakan Kak Ton sekeluarga dan keturunan Kak Ton diberi Allah rezeki yang melimpah ruah seperti hujan yang lebat turun tiada hentinya...



KEK COKLAT MOIST ANIS
Bahan A
1 cawan air
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula kastor
2 biji telur

Bahan B

1 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh soda bikarbonat

Bahan C ( Topping )

1 cawan minyak masak
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu pekat

Cara-caranya :

Masak bahan A(kecuali telur) dengan api sederhana ( masak sehingga gula larut dalam air). 2 biji telur dipukul sekali dan masak sekali dengan bahan A. Akhir sekali masukkan bahan-bahan B dan masak bersama. Siap untuk di kukus atau di bakar.
#kek 1 kilo akan masak dalam 20-30 minit samada bakar@kukus.

Cara-cara membuat topping :

Panaskan minyak masak dan masukkan serbuk koko dan susu pekat kemudian kacau. ( sekiranya pekat sangat boleh masukkan sedikit full cream @ kurangkan serbuk koko. Siap untuk di topping.

p/s Cara saya mengukus menggunakan pemanggang ajaib tu macam ni...


  1.  Panaskan air didalam pemanggang, kira ini suku jer air tu , agak2 tenggelam setengan bekas kek tu.
  2. Bila air dah mendidih baru dimasukan bekas kek kedalam pemanggang tu, tutup pemanggang tu, tunggu kek masak kira-kira 20 minit, sekiranya belum masak lagi boleh tambah masa mengukusnya. 
Bagi toppingnya saya tak guna resepi anis, saya guna resepi saya sendiri...

Topping coklat
Bahannya :-
  • 3/4 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan coklat (saya guna van houtten)
  • 1/2 buttercup
Caranya :-

  1. Masak secara double boil ye ... cairkan buttercup didalam bekas, apabila dah cair tuang pula susu pekat tersebut, kacau hingga sebati.
  2. Selepas tu baru dimasukan coklat secara sedikit-sedikit, kacau hingga mesra.
  3. Kemudian baru dituang diatas kek coklat tadi...
#SELAMAT MENCUBA :) #

125 ulasan:

  1. aduh, hari ni je blog 4 cerita pasal kek... alamakkk... sukanya mama, kalau dapat lagi suka kak..

    BalasPadam
  2. wahhh..sedapnya buat... pernah jugak buat kak..ikut resepi kawan blogger gak..mmg suka...:)

    BalasPadam
  3. Nabil boleh tak auntie nak satu bekas tu?
    Kakak kalau dapat ni Yati sehari pun boleh habis.. kakak suka:)

    BalasPadam
  4. akak guna pemanggang tu letak air je ek..senang la camni..

    BalasPadam
  5. wah guna pemanggang ajib pon boleh ea yatie..sy ada juga boleh try nanti :)
    kalau bakar tak berapa nak moist kan yatie ?

    BalasPadam
  6. emmmmmmm.....krim coklatnya meleleh2 sama dgn air liur ni yg dh mula meleleh.....

    BalasPadam
  7. kat sini saya guna yg jenis pre mix jer utk buat kek coklat… nanti ada masa nak cuba resepi ni pulak :)

    BalasPadam
  8. Rasa mcm dah baca dan komen.....

    BalasPadam
  9. Kak..nak tumpang tanya..topping tu akak pakai coklat masakan ke serbuk koko je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks kak..saya guna choc masakan,susu pekat sket n buttercup sket..tp ble simpan peti jd keras sket..sye xtau nk wat cmane bg die cair leleh..nk trylah pakai serbuk koko mcm akak wat..msk peti pun x jd keras kn?

      Padam
  10. terima kasih share resepi ni..

    BalasPadam
  11. nmpk sungguh menyelerakan, kena cuba nih..

    TuneTalk topup RM30 dapat kredit RM40, topup RM50 dapat kredit RM70, cashback 3%,tiap kali topup dpt point. Point boleh tukar dengan smartphone atau tiket Air Asia.
    http://www.TalkFree2U.com/sitirevell
    http://tunetalk13.blogspot.com/

    BalasPadam
  12. salam....sy nak tanya klu sy masak moist cake ni pkai rice cooker boleh x?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikum salam,
      Maaf lah akak tak pernah pulak cuba masak guna rice cooker.. cubalah try and error dik..

      Padam
    2. Sslam. Boleh kak sy buat kek mosit ni pakai rice cooker ja jnji ada tempat pengukus dia tu

      Padam
    3. Sslam. Boleh kak sy buat kek mosit ni pakai rice cooker ja jnji ada tempat pengukus dia tu

      Padam
  13. salam kak...terima kasih sbb sudi share resepi kek coklat ni...mohon copy resepi ya..

    BalasPadam
  14. nk tanya skit..klu kukus bole pakai bekas plastik tu yer..maaf lah saya x brapa pandai dlm hal2 cam gini...

    BalasPadam
  15. Terima kasih berkongsi resepi. Semoga Allah murahkan rezeki anda sekeluarga :)

    BalasPadam
  16. kek coklat kegemaran sepanjang zaman...sy nak buat juga lah...

    BalasPadam
  17. Terima kasih kerana berkongsi.. less budget tp yummy.. selamat berpuasa semua.. :) smoga Allah permudahkan urusan u sis krn mempermudahkan org lain...

    BalasPadam
  18. Salam, alhamdulillah hari ni baru saya dapat resepi ni. Lama dah cari tapi tak jumpa. Anak-anak minat sangat dengan kek coklat anis ni , itupun kena order dengan kawan adik. Boleh tahan jugalah kosnya. So, di bulan Ramadan ni syukur Allah permudahkan saya jumpa resipi ni. Terima kasih kepada yang sudi share resipi ni moga dipanjangkan umur dimurahkan rezeki.

    BalasPadam
  19. #341 ..salam ukhwah salam ramadhan kak :) ..jenjalan mencari resepi kek tok raye ..heee

    BalasPadam
  20. Salam,nk tnye klau bakar mmg kek x moist ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau bakar mmg kurang moist, kek tu kering ajer.. tak basah..

      Padam
  21. Akak, boleh ganti tepung gandum tu dgn tepung penaik tak?

    BalasPadam
  22. saya baru nak mencuba buat kek. Saya lihat dalam resepi lain, mereka tidak masak bahan2 A..hanya ayak hingga sebati. Akak pernah cuba? dan kaedah mana lebih baik haslnya dari pandangan peribadi akak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Akak pun dah pernah buat kedua-duanya.. yg hanya diayak dan dimasak.. ternyata yg dimasak lebih moist.. dear..

      Padam
  23. assalamualaikum. akak bekas plastik yg kukus sekali dgn kek tu bekas tuperware biasa ke?

    BalasPadam
  24. assalamualaikum. akak bekas plastik yg kukus sekali dgn kek tu bekas tuperware biasa ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Walaikumsalam Sara..
      Akak guna bekas plastik biasa yg boleh tahan panas Dan kukus..

      Padam
  25. tq...memg sedap..ank n encik suami suka

    BalasPadam
  26. Minyak masak tu minyak jagung or minyak sawit? Tq for sharing...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Minyak sawit pun boleh.. tapi nak sedap guna minyak jagung marzola tu...

      Padam
    2. Kalo guna bkas yg kecil2 tu blh tak? N cake ni tahan brp hari ye? Plan nak wat doorgift

      Padam
    3. Boleh din Nur.. kalau simpan dlm freeze boleh tahan lama..

      Padam
  27. boleh ke tuang toping tuh masa kek panas panas? ke nak tggu kek sejuk duku ea?

    BalasPadam
  28. Assalamualaikum,

    Chocolate moist ni akan lebih sedap kalau Pn. Nur letakkan chocolate chip dalam tepung kek tu. Rasa coklatnya akan lebih ketara dan sedap. Pastikan guna coklat cip yang bermutu tinggi.

    BalasPadam
  29. Assalam...

    Nk tnye, kalau sy letak kt dlm loyang..kena tutup lg tk loyang tu ngn beg plastik atau foil paper supaya tk kena wap air kukusan tu..n nk tnye 1 lg, resepi ni utk kek 1kg ke? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye kena tutup loyang dgn foil aluminium tu dear nanti air masuk dlm..

      Padam
  30. sedapnye kek coklat ni..kt umah sy tkde kukus..boleh ke nak bakar cmtu??
    jmpt singgah blog saya pula
    http://nutriemom.blogspot.com/

    BalasPadam
  31. salam.saya dah cuba buat sebijik guna resepi akak.cuma saya tak ada serbuk koko jadi diganti dgn cokelat masakan.tapi hasilnya kek saya tak naik walaupun dikukus selama 30minit kek tetap tak jadi apa. boleh beri tnjuk ajar.tq:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Coklat masakan tu dah ada susu Dan gula, jadi kek tak naik gebu.. kena guna serbuk koko juga dear..

      Padam
  32. Salam..
    Terima kasih atas perkongsian ini.. Jom singgah blog saya shahhaslinda.blogspot.com

    BalasPadam
  33. Salam sis, nk tnya klau guna pemanggang ajaib 2 still kna cover bekas / loyang Dan aluminium foil ke? Byk wap air x dkt penutup 2?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye ima kena tutup dgn aluminium foil, kalau tak air masuk dlm kek tu nanti..

      Padam
  34. Saya dah cuba buat guna resipi ni, menjadi dan sedap, thanks akak!! 😘😘

    BalasPadam
  35. Tapi saya guna resipi topping akk yg las skli tu rasa butter byk pulak 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh kurangkan butter tu erleena jika tak rasa butter sgt...

      Padam
  36. salam...yummmm...my fav.choc.cake...walau dh try bnyk kali...xkan bosan untuk buat pada masa akan dtg...sedapppp...
    Jemput ke blog saya semua...boleh follow sekali..inshaallah saya akan jejak kalian semua semula..terima kasih...:)

    BalasPadam
  37. salam sis... terkenan plak kek ni... boleh buat ni... nak tanye la.. nak guna kuali ajaib tu, tapawe tu tak lenyuk ke??

    boleh ke bukak tutap bukak tutup tok tgk takat air tu.. kalo kurang k kering kine tambah air kan...??
    kek ok ke? tak bantat..???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Guna tuperware yg tahan panas dear.. akak guna bekas yg kecil tu jadi cepat nasal.. boleh tengok lepas 15 minit mengukus tu.. InshaAllah tak bantat..

      Padam
  38. Slm.. terima kasih atas resepi.. saya ikut semua ..tetapi saya tukarkan tepung gandumdgn tepung naik sendiri 1 cawan tanpa letak sebarang serbuk penaik dah... tapi bantatla... huhuhu.. ada yg saya tertinggal ke.. ataubsaya kena letak jgk baking powder?

    BalasPadam
  39. Salam...Kalau adunan tuu nanti cair ataupun pekat??? Topping tuu waktu bila nak letak?? Tolong ajar...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Masukan sebentar dlm freezer utk keraskan sikit baru letak topping tu..

      Padam
  40. Kak, nak share resipi ni. Tq for the all tips

    Salam perkenalan

    BalasPadam
  41. As salam kak... Saya dh cuba resepi akk bg ni... Cuma saya nak tahu adunan ni masak sampai last masuk tepung gandum tu ke? Lepas tu sementara nk kukus yg lain adunan tu menjadi lebih pekat, mcm mana nak buat tu? Harap akk dapat bantu saya tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye tepung masuk last sekali.. kena kukus sekali semua.. tu sebab akak guna dua pengukus dear..

      Padam
  42. Assalamualaikum,

    Kak, nak jugak resepi ni. Siyes kek dia sedap giler. Imma pun suka.
    Nak share kat blog Imma. boleh ye kak. www,beautysuri.net

    BalasPadam
  43. terima kasih sebab kongsi resepi, saya nak cuba resepi ni pulak...nanti saya kongsikan dengan pembaca saya di http://www.cergasemulajadi.com

    BalasPadam
  44. Saya try buat, tp bila masa masuk tepung adunan jd berketul. Lps tu bila kukus dia tak naik dan bantat. Tolong saya :(

    BalasPadam
  45. Saya pun sama mcm Aienhazwani Rahman..bila masuk adunan tepung jd berketul n x naik..last2 masuk tong sampah je..frusted..

    BalasPadam
  46. ya allah! coklatnya sangat mengiurkan....tq kak sebab berkongsi resepi
    nak buat la nanti

    BalasPadam
  47. Mudahnye pakai periuk ajaib je...mesti cubalah..

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum sis,..sy nk bertnya,..sume bhan tuh di masak atas api ke,..dgn mnggnkn periuk ke sis?? Then, bwu kukus,..cm tuh ke ??,..sbab sllunye sy gne kan mixer,,,..cme nk kpastian,..

    BalasPadam
  49. Memang maveles resepi ni..saya dah cuba..suma anak-anak suka.thanks for sharing..
    Sahabat2 jemput jalan2 ke blog saya..

    sitinorazizah920702.blogspot.com

    BalasPadam
  50. wah. nampak sedap kek coklat moist ni. Bila beli selalu tak kena dengan citarasa. Terima kasih kerana berkongsi resepi. Nanti nak cuba buat sendiri la (^_^)

    BalasPadam
  51. Hai dear :)
    saya yana wakil dari Kak ANIS, founder Anis Choc Moist Cake

    nak sampai kan pesan kak Anis to say million thanks for your appreciation toward our LOVE Cake in this entry :)

    keep in touch kayyy ^_^

    BalasPadam
  52. Salam.. klau pakai gula biasa xpe ker?

    BalasPadam
  53. salam,masukkan tepung tu lepas alihkan koko yang dah maksak tu dari apai eh?
    pas tu pukul tepung tu sampai x berketul eh?

    BalasPadam
  54. Assalamualaikum.. nk tny.. msuk tepung tu mmg mse api tgh pasang ke?? Lpas tu.. nk masak smpi bile?? Sbb lpas siap kek tu mcm bantat.. kat situ ade confuse.. boleh x klo sye nk minx tlong tmbh kan skit gmbr spnjg akk wat kek tu.. harap sgt dpt membantu.. sbb resepi y akk kasi ni mmg sedap walaupon separuh jdi.. klo fully jdi mesti lgi sedap..

    BalasPadam
  55. Assalamualaikum akak.. kenapa kek sy seperti farhana.. harap dpt menjawab soalan sy..tq akk..

    BalasPadam
  56. assalamualaikum...sy pernah mengalami masalah yg sama dengan farhana & humaira...nasihat sy, jangan masak adunan atas api terlalu lama hingga adunan menjadi pekat & berbutir...memadai semua bahan dilarutkan atas api sederhana & tutup api...jangan masak terlalu lama atas api...hasil dari pengalaman sendiri... ^_^

    BalasPadam
  57. assalamualaikum kak...saya nak tanya la...ade orang komen kek ni (saya ikut resepi akak) bile nak telan rasanya melekat kat tekak...die soh sy kurangkan koko dalam bancuhan...boleh ke kak?ape pandangan & pendapat akak?

    BalasPadam
  58. salam kak,maaf.sedikit pertanyaan yang.telur tadi tu ,apabila dimasukkan ke dalam bahan A yang tengah panas,tak masak@merebus ke telor tu kak??

    sorry,hehe
    -jantan baru nak belajar-

    BalasPadam
  59. Salam akk..lepas masukkan tepung berapa lama baru boleh padamkan api..

    BalasPadam
  60. Waa... Macam best je... Nak try lah

    BalasPadam
  61. Bagi yang kurang jelas boleh singgah kathttp://akusukatulisblog.blogspot.com/2014/09/resepi-kek-coklat-moist-anis.html

    BalasPadam
  62. Akak.tq kongsi resepi..saya amik dan try dan halalkan ye tq

    BalasPadam
  63. Kalau kukus guna bekas plastik perlu kukus dengan penutup sekali ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ye noriza tutup dgn penutup bekas plastik tu waktu kukus, mcm pic diatas..

      Padam
  64. as salam sis...satu bekas kecik tu kena masukkan adunan banyak mana yer...

    BalasPadam
  65. Kak, kalau guna bekas kecik2 tu, bpe lame ye tempoh untuk kukus?

    BalasPadam
  66. Assalamualaikum,
    boleh try guna pemanggang ajaib ni...tak pernah buat cenggini

    BalasPadam
  67. Yang pengawet potassium sorbate itu untuk 1kg berapa banyak ye...nak hantar kek untuk adik kat luar negara..takut rosak.

    BalasPadam
  68. Kak..adunan nie dpt 1 kg kek ke?

    BalasPadam
  69. Tulunnn..da buat tp x jadi..mu gkin silap masa masak tu..adunan jd kental semacam je..kesian anak tgu nk mkn kek x jadi..sedihhh...-nana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn masak lama2, cukup sekadar bahan2 tersebut menjadi. cair dear..

      Padam
  70. sedapnyaaa..tapi saya tak minat kek, saya minat bahulu hihi

    BalasPadam
  71. Tq kak resepinya...bnyk kali dh cuba..mmg menjadi n yg penting sgt moist..

    BalasPadam
  72. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  73. Salam sis..hujung2 pregnant ni asyik la nak buat cake..ni first time nk buat moist cake..kalau saya guna oven, berapa suhu n berapa lama ya sis..? n guna api atas bawah ke sis..? harap sis dapat reply :-)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Maaf Fya.. yg bakar dlm oven akak tak tahu brpa lama..
      Sebab cara dia kukus tu..

      Padam
  74. sis ni coklatmoist anis yg dlm pasaran tu yer..

    BalasPadam
  75. Tqvm sis...sudi berkongsi ilmu.. mmg best respi ni.

    BalasPadam
  76. Thank you for sharing the recipe! =)

    BalasPadam
  77. kalau kukus guna tupperware tu, kna ttup guna penutup dia jg ka?

    BalasPadam
  78. kalau kukus guna tupperware tu, kna ttup guna penutup dia jg ka?

    BalasPadam
  79. Assalamu'alaikum.
    Sis, saya minta izin guna pakai resepi dlm blog sis ye. Minta halal dunia akhirat ye. Terima kasih banyak banyak.

    BalasPadam
  80. Salam..sy nak cuba la resepi ni..sy x terer bab kukus mengukus ni.. sb sblm ni mmg xpnh menjadi kalau wat kek kukus atau ape2 kuih yg kukus... harap2 boleh jadi ikut resepi ni... mohon izin ye.. tqvm

    BalasPadam
  81. Salam, sy nk tnya klau guna resepi kek anis tu, slps bahan A dimasak dlm api sederhana, then msukkan telur tu? Telur tu akan masak berketul mcm telur rebus tu x ?? Mohon pencerahan.. tqqq :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bahan A tu masak dgn api paling kecik sis.. sampailaa gula tu cair sebati dgn bahan yang lain. pastu baru masukkan telur yang dah dipukul kembang dalam bekas lain. masa masukkan telur tu kenala kacau sampai sebati. jangan masukkan telur pastu biarkan tak kacau. kang jadi mcm telur rebus atau telur dadar pulak. hoho..
      pastu masukkanla tepung yang dah diayak terlebih dahulu dengan soda bikarbonat dan baking powder. tujuannya spy tepung tu bergaul rata dengan bahan serbuk tu.gaul2 lagi spy bahan cecair tu sebati dgn tepung. matikan api, sambung kacau2 sampailaaa adunan tepung dgn bahan coklat tu nampak sebati dan teksturnya halus barulaa masukkan bekas plastik atau loyang.
      gud luck yea :)

      Padam
  82. Salam, sy nk tnya klau guna resepi kek anis tu, slps bahan A dimasak dlm api sederhana, then msukkan telur tu? Telur tu akan masak berketul mcm telur rebus tu x ?? Mohon pencerahan.. tqqq :)

    BalasPadam
  83. Assalamualaikum sy amik resepi ye sis.mohon halalkan ddunia akhirat..tq sis...

    BalasPadam
  84. Assalamualaikum sis... Topping tu boleh tak utk Tart

    BalasPadam
  85. Assalamualaikum....

    Teringin gak nk cuba buat chocolate moist cake kukus ni tpi bila baca blog ni, ada setgh pembaca buat keknya menjdi & ada stgh x menjadi (bantat) risau pulak....nnti mmbazir je bila dh buat x menjdi instead of ank cucu yg dpt mkn tpi tong sampah lak yg dpt mkn kek tu...

    Tuan punya resepi atau admin boleh tlg bagi pencerahan mcmana nk buat chocolate moist cake ni supaya menjdi betul...bagi tips supaya kek yg kami buat akan btl2 moist seperti dlm gambar tu...

    TQ....

    BalasPadam
  86. Assalamualaikum....

    Teringin gak nk cuba buat chocolate moist cake kukus ni tpi bila baca blog ni, ada setgh pembaca buat keknya menjdi & ada stgh x menjadi (bantat) risau pulak....nnti mmbazir je bila dh buat x menjdi instead of ank cucu yg dpt mkn tpi tong sampah lak yg dpt mkn kek tu...

    Tuan punya resepi atau admin boleh tlg bagi pencerahan mcmana nk buat chocolate moist cake ni supaya menjdi betul...bagi tips supaya kek yg kami buat akan btl2 moist seperti dlm gambar tu...

    TQ....

    BalasPadam
  87. Fuhhh cukup lengkap resepi. Tq sudi share,.harap aura, rajinkite datang. Lah hehe 😂

    BalasPadam
  88. Assalammualaikum thank you utk resepi ni.saya guna ye.. Halalkan ye kak. Btw nak tanya sebab cake ni gunakan 1 cawan gula dan 1 cawan susu.. Dia tak jadi terlalu manis ke? Sekadar bertanya.. Thank u lagi sekali😊

    BalasPadam
  89. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  90. Assalammualaikum kak, kalau saya nak buat utk 1kg, saya perlu tambah bahan ke? Atau ini memang resepi utk 1kg. TQ

    BalasPadam
  91. SEDAP2. boleh cuba resepi ni.terima kasih ye.
    jemput singgah blog saya :http://dirawanhartawan.blogspot.my/

    BalasPadam
  92. Alaa.. Sy xde baking powder lah kak.. Ada soda bicarbonate jer.. Boleh ke x pkai baking powder 😅

    BalasPadam
  93. Hai assalam. .Bgaimana nak bagi kek tahan lama. .sy dpt order utk wedding dlm 2k pcs utk goodies.. Boleh x share cara penyimpanannya? Tqvm ye. .

    BalasPadam
  94. Saya dh cuba topping yg guna minyak masak tu..mmg mnjadi..nk cair sikit,saya cmpur susu cair sikit..ikut pekat mn kte nak..thanks a lot! Minta halal ye..smoga dimurahkn rezki..

    BalasPadam
  95. ▪ Muhammad Afif Akasha bin Maruan, 17tahun(2022). Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2.

    Pada Mac 2017, Afif waktu itu berumur 12tahun. Dia tiba-tiba mengalami bengkak di leher dan bawah ketiak. Dia dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah kemudian diminta menjalani pembedahan kecil untuk ambil tisu di leher, kemudian pada Jun 2017, dia disahkan mengidap Kanser Limfoma Hodgkin tahap 2. Dia menjalani kimo 12kali, selepas saja kimo, dia mengalami muntah, tak lalu makan,sakit badan,setiap jam kena urut. Kimo pertama dan kedua pun sama kesannya hingga tak sanggup nak teruskan kimo. Berat dia turun 2kg, semasa kimo. Datang kawan baik ibunya memperkenalkan Jutawan Herbs ,ibunya beli dan terus beri dia minum jus herba semasa rawatan hospital. Kimo ke 3 alhamdulillah dia ada selera makan, aktif balik seperti biasa, tak sakit badan lagi dan pada November 2017 iaitu kimo ke 6, berat badan Afif naik 5kg .Doktor sahkan tak ada lagi sel kanser dan sampai sekarang masih minum Herba Jutawan Herbs.
    -------------------------------

    ▪Puan Arbaayah bt Hussin, 72tahun dari Taiping. Pada tahun 2013 ,dia diserang demam, bengkak kaki dan tidak sedarkan diri. Kemudian dia ditahan di wad Hospital Taiping dan doktor mengsyaki dia diserang kencing tikus. Tapi pada 2015 dia alami tanda yang sama dan doktor mengesahkan dia menghidap Sirosis hati tahap 3. Anaknya terjumpa blog Jutawan Herbs dan dia mula guna herba sejak 2019 sampai la sekarang. Mula-mula minum tak ada sebarang perubahan, tetapi 1 bulan lepas tu barulah dia perasan ,rasa seram sejuk dan takut nak mandi selama ni dah berkurang, sampai sekarang tak ada demam dah. Kesihatan bertambah baik.

    ▪Puan Siti Saharia, 44tahun. Kanser payudara tahap 2.

    Pada bulan Ogos 2020, dia disahkan doktor menghidap kanser payudara tahap 2, selepas menjalani proses ultrasound dan biopsi. Dia melalui pembedahan mastectomy, kimo 6kali dan radioterapi 15kali. Dia kenal Jutawan Herbs dari kawan yang sakit kanser panyudara juga. Dia minum herba Jutawan Herbs pada 2020 semasa sedang kimo. Kalau dulu kesan sampingan semasa kimo sangat teruk dengan alahan, tak ada selera makan dan badan lemah. Tapi lepas minum Jus Jutawan Herbs semasa kimo, kesan sampingan sangat berkurang,mkn berselera, bertenaga dan siap boleh pandu kereta. Pendek kata boleh jalani hidup macam orang sihat. Dia tidak berharap rawatan moden saja, sampai sekarang dia terus ambil herba dan makin pulih.
    -------------------------------

    ▪Puan Roziaton bt Mohd Kasini, asal dari Triang Pahang, Kanser Usus tahap 3.

    Pada Julai 2016 ,doktor mengesahkan dia menghidap kanser usus tahap 3 dan perlu buat kimo 12x. Dia terus patah semangat kerana memikirkan anak-anak yang masih kecil. Tapi keluarganya membelikan Jus Jutawan Herbs untuk dia minum, ketahanan badannya menjadi kuat melawan kanser. Dia juga ada minum herba Jutawan Herbs dalam masa yang sama dia buat kimo. Kimo seperti biasa, tiada sakit badan,tiada demam dan lain-lain. Pada 2017 doktor sahkan dia bebas dari kanser dan hanya perlu ambil darah CEA setiap 6bulan sekali. Tak lama lepas tu doktor cakap dia hanya perlu datang ambil darah 1tahun sekali saja. Alhamdulillah dia pun dah sembuh kanser.
    ------------------------------

    ▪Puan Aida dari Pahang, anaknya mengidap Leukimia Acute Limphoblastik (ALL) .
    Pada hujung tahun 2016, anaknya disahkan menghidap penyakit Leukimia Acute Limphoblastik (ALL). Dia terjumpa blog Jutawan Herbs dan memberi anaknya minum 2jenis herba dari Jutawan Herbs sebelum masuk ke hospital untuk kimo. Lepas 3tahun ,dia perasan anaknya makin cergas ,makan bertambah dan x lesu seperti sebelum minum Herba. Dia yakin Jus Jutawan Herbs banyak membantu anaknya makin sihat.
    ------------------------------
    Call atau WhatsApp untuk order dan sebarang pertanyaan di nombor berikut :

    En. Mohd Zuhairi Bin Noordin - 017468 7570

    BalasPadam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)