JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 30 September 2013

KARI SOTONG MUNGE ... NYUM..NYUM :)

Assalamualaikum kekawan... apa khabar? hari isnin yg bizi bagi saya, tengahari baru dapat bersiaran, apatah lagi nak blogwalking kekawan...

Masa pergi pasar tani hari ahad tu selalu jalan dgn Jeeha jer... sekali tu tengok sotong cantik bulat dan besar, sure dalam tu ada telurnya, saya suka telur sotong sedap...
"Mama dah lama tak makan kari sotong" kata Jeeha... 
" hehe nak suruh mama buat kari sotong lah tu" jawab sambil ketawa.. Jeeha pun tersenyum simpul mengangguk...


Kari Sotong Munge

Balik dari pasar tu terus siang semua ikan dan ayam utk stok seminggu dalam peti ais, menu dah ada utk hari tu "Kari Sotong" memenuhi permintaan jeeha... yg kak nabilah lebih suka sambal sotong, tapi dia layan juga kari ni, "siap tanya tak ada bendi ke?" "hehehe tak ada, mama letak kentang jer" jawab saya...
Saya style Yan's Cottage potong sotong bunge hehe

 Senang jer pun buat kari sotong ni lebih kurang masak kari ikan dan daging cuma kurangkan jer kuah nya.. saya letak sedikit santan sebab sotong ni kan dah lemak sikit.

RESEPI KARI SOTONG























Bahan :-

  • 500 gm sotong (kerat 3 sotong lepas tu gunting sedikit ditepinya)
  • 3 ulas bawang merah kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 biji kentang 
  • 3 sudu besar serbuk kari
  • semangkuk air asam (cukup rasa masam yg sesuai)
  • 1 cawan santan
  • 2 buah pelaga
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 1 cm kulit kayu manis
  • 1 batang serai diketuk
  • Setangkai daun kari
  • Minyak masak
Caranya :-
  1. Basuh sotong dan toskan ketepikan
  2. Tumbuk bawang merah, putih dan halia.
  3. Panaskan minyak, kemudian tumis bahan tumbuk dan rempah tiga sekawan hingga wangi.
  4. Masukan kari tumis hingga wangi juga
  5. Masukan kentang, santan, tunggu sehingga mendidih dan kentang empuk.
  6. Kemudian baru masuk sotong, daun kari, serai , air asam dan garam.
  7. Apabila rasa masam dan masin sesuai, bolehlah dihidangkan.

Sabtu, 28 September 2013

PAN CAKE CHOCOLATE ... YUMMY ;)

Pan cake Najeeha ;)

 Assalamualaikum sahabat semua.. selamat pagi.. senyum seindah suria :) dah sarapan pagi.. sarapan kami pagi ini pan cake chocolate.. ini gara-gara tengok pan cake gebusssss dari blog Nurbijen.. tapi saya tambah coklat sebab anak suka coklat...
Pan cake Nabilah ;)

Memang sedap dan gebussss pan cake ni, lebih lagi dimakan bersama jem bluebeery dan peanut batter... yummy, mohon halalkan share resepi disini ye Nur... senang nak rujuk nanti. Kalau sahabat nak pan cake biasa jgn letak koko tu ye ;)


RESEPI PAN CAKE CHOCOLATE
Bahannya :-
1 cawan tepung gandum*
2 sudu besar koko*
2 sudu besar gula*
2 sudu kecil soda bikarbonat*
sedikit garam*
1 cawan susu segar#
1 biji telur#
2 sudu besar mentega (cairkan)#

Caranya :-
1. Campurkan bahan bertanda # dlm satu bekas. pukul hingga sebati.
2. Dalam bekas yg lain , campurkan bahan bertanda *, dgn perlahan-lahan masukan campuran # kedalam bekas berisi campuran *.
3. Pukul perlahan -lahan sehingga sebati, tapi jgn overbeat. Biarkan adunan 5 minit.
4. Panaskan nonstick pan dan tuangkan adunan mengikut saiz yg dikehendaki.
5. Terbalikan pancake bila permukaan atas dah menggelembung. Bila dua-dua bhgn dah masak, sedia utk dihidang.

Jumaat, 27 September 2013

BAKAT TERPENDAM ^___^

Tak sangka anak dara seorang ni ada bakat terpendam jadi penyanyi hehehe... Ambil Jeeha petang kelmarin, teruja menunjukan piala kemenangannya Panitia Pendidikan Seni Nyanyian Berkumpulan Tahun 3 tempat ketiga....

" Jeeha nyanyi lagu apa ni?" tanya saya
senyum simpul nak menjawabnya... "Mari bermain di taman"
Tak sangka pulak jeeha ni nak menyanyi sebab dia ni pemalu sikit, lainlah kakak Nabilah, semua OK, sekarang kak nabilah tengah sibuk menghafal bagi pertandingan Oral Speaking... Nak akhir tahun banyak pertandingan yg diadakan disekolah bagi mengumpul mata kokurikulam...
 Penuh manja bergaya dengan pialanya, hendaklah pula bergambar selalu payah anak dara saya nak bergambar... 

Inilah dia piala tu... untuk kenangan di blog mama yg kecik ini :)

Khamis, 26 September 2013

Today saya MC.... :(


Laju menitik-nitik selsema saya turun menyebabkan kepala sakit berdenyut-denyut... mata dah mula berair, badan dah mula panas dan tekak pula terasa perit... itu yg saya alami sejak malam tadi.. selongkar ubat lama tak ada... stok penadol kehabisan...

Bertahan saya hingga kepagi.. selepas menghantar ketiga-tiga nya sekolah, terus saya ke klinik, klinik Ajwa ni 24jam, saya fikir tentu ada doktor lagi, malangnya doktor habis duty pukul 7am.. terpaksa saya tungg pukul 8am, masa saya dtg tadi dah seorg patient menunggu.. demam juga saya tengok, dah terlentuk kepala di kerusi.. saya pun begitu juga, sementara menunggu doktor..

Pukul 8.10am nombor saya dipanggil, doktor cek memang demam panas.. hingus semakin laju dan memerahkan hidung saya.. dah mcm badut rupa saya tengok ;)

Balik rumah terus mkn nasi yg mlm tadi saya tak mkn, terus telan ubat dan hampir pukul 12 tghri baru terjaga dari tido.. Alhamdulillah semakin lega.. hingus pun dah berhenti menitik..  Syafakillah...

p/s entry ringkas saya today, maaf tak dpt BW utk kekawan hari ini.. insha Allah esok saya BW kekawan ye... baru lepas mkn ubat utk second round .. tu mata dah  start kuyu jer ;)

Rabu, 25 September 2013

WW :Sedapnya tengok Abah makan durian ^_____^






p/s Hari ahad lepas kak ateh saya bawa sebakul durian.. beriye abah saya makan sebabnya sebelum ini abah memang tak suka durian, mak pun hairan selalunya mak yg raja durian... abah kata sedap pulak tengok korang makan...




Selasa, 24 September 2013

IKAN KERAPU GORENG SAMBAL HIJAU

Semalam dok memikir nak masak apa ikan kerapu ni.... asyik masak stim dan sweet sour... dah selalu sangat.... jom kita google dulu nak buat apa....



 Google lah punya google jumpalah dirumah Yatie Memories Sinar Kehidupanku... Siakap sambal hijau.... menyelerakan pula tengok, tayangan dari Yatie Memories tu....



Jadi saya masaklah ikan kerapu goreng sambal hijau tu... banyak juga bahan yg saya skip sebab tak de stok bahan tu hehehe... kira derhaka punya masakan jugak lah ye...

Saya mohon copy paste ye Yatie Memories resepi ni.... mohon halalkan ye... tempek kat sini resepi sebenar untuk rujukan akan datang...

RESEPI IKAN KERAPU GORENG SAMBAL HIJAU





Bahan-Bahan
  • 1 ekor ikan siakap sederhana besar (saya guna ikan kerapu)
  • 1/2 cawan santan
  • sedikit air jika perlu
  • 1 biji bawang besar, dipotong bulat
  • 2 biji limau kasturi-ambil jusnya
  • Garam dan gula secukup rasa
  • minyak masak
Bahan Kisar 
  • 4 biji bawang merah
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 5 tangkai cili hijau
  • 10 biji cili padi hijau
  • 2 sudu besar ikan bilis, cuci dan toskan
  • sedikit belacan
Cara-Caranya
  1. Ikan dicuci bersih,kelar2 sedikit, lumur dengan sedikit kunyit dan garam, goreng hingga kuning keemasan. Angkat dan ketepikan dulu.
  2. Panaskan minyak, tumis bahan kisar halus hingga terbit minyak. Masukkan santan, gula dan garam secukup rasa. Masak hingga mendidih.
  3. Masukkan ikan dan potongan bawang besar, gaul rata dan masak hingga pekat dan bawang lembut. Akhir sekali masukkan jus limau kasturi, gaul rata dan angkat. Hidangkan panas..

SEGMEN 1ST MAMA

Jom joint segmen mamamamy , berakhir pada 30 September 2013...
boleh klik link ni bagi nak joint :)


http://mamamamy.blogspot.com/2013/09/segmen-1st-mama.html

Isnin, 23 September 2013

TERINGIN NAK PERGI PETIK STRAWBERRY LAGI ^____^

Sekarang tengah mood nak pergi bercuti... rasanya macam nak pergi cameroon highland petik strawberry lagi lah... Masa tu pergi tahun 2010 kot... kakak darjah tiga... kisahnya sekolah dia ada buat rombongan ke Cameroon Highland... merengek-rengek pujuk abahnya nak pergi, tapi abahnya tak beri sebab kecik lagi rasanya... jadi abah dia janji kita pergi sekeluarga. Jadi berpakatlah saya dengan adik beradik pergi Cameroon Highland tu, yg dapat pergi cuma tiga keluarga saja.... Kami tinggal pun tak lama cuma 2 hari 1 malam... mak saya kata pun tak puas jalan, kalau 3 hari 2 malam lagi best...


Tersenyum riang Nabilah bila dapat petik strawberry sendiri...

Yang tinggi ni biar mama petik...

Tengok Nabil tu sama juga nak memetik tapi di petik yg muda ... masa tu umur dia baru 3 tahun..

Kak long Nurin pun nak sama ... semua orang suka..

Kak lang saya sambil petik sambil masuk mulut.... tu yg kat luar dah kena caj RM20 utk petik...

Ini lah hasil petikan Nabilah tak lebih dari 200 grm jadi wang lebih di kembalikan..

Adik saya ni preggy masa tu.. so teman mak kat luar " nah uwan rasa buah strawberry yg Nabilah petik" sua nabilah pada uwannya...
p/s Boleh tak kekawan beri pendapat di cameroon highland mana tempat best yg dilawati dalam masa 3 hari 2 malam tu ... saya rasa nak pergi lagi :)

Ahad, 22 September 2013

"Nak Kek Padang Bola Jugakkkkk..." paksa Nabil

Sambungan enri yang ini   kenapa-beriye-paksa-mama-buat-kek.html. Pada hari lahir dia yg lalu dia mintak kek padang bola ni.. saya pun minta lah kawan ofis saya oder pada sepupunya... last minit esok hari jadi nabil sepupunya tak dapat nak buat .. ada hal di kampung, kena balik kampung...aduh macam mana ni.. terpaksalah saya pujuk nabil dengan kek aiskrim utk besday nya di tadika...

Namun begitu dia tak puashati juga tidak dapat dapat kek padang bola ni dan paksa saya buat juga... pada hal dah 2 minggu besdaynya berlalu, namun nak jugak .. mama dia dah lah amatur bab deco mendeco ni.... tengok inilah hasilnya...


Tengoklah betapa comotnya saya buat kek tu..

Menggigil tangan menekan icing  kek tu...

Jadilah garisan yg bengkang bengkok tu hehhe

Lepas tu letaklah aksesori pemain bola beserta gol dan lilin 6 tahun tu
nampaklah cantik sikit....

Tengok tulis nama Nabil pun terketar-ketar heheh

Buat sambutan hari lahirnya di kampung ... gambar blurr sikit...
semua tak sabar nak ambil pemain bola diatas kek tu

Muka puas hati dapat kek dengan ketawa besar kakak sepupunya Kak Long Nurin

Posing di rumah sebelum bawa balik kampung...


Sabtu, 21 September 2013

Sambal Tempoyak Ikan Bilis Petai

Perghhh memang berasap makan tengahari kami, bila saya masak sambal tempoyak petai ni... ni gara-gara en suami nampak petai di Pasar tani tu ari.. balik terus suruh saya buat sambal tempoyak ikan bilis ni....


Mengeruk nasik dalam periuk lagi bila regu kena dengan selera en suami ni... petai pun elok cantik bulat-bulat matanya.... berderap derup makan tu... aduhhhh mengesat peluh didahi punya sedapnya..


 Resepi saya memang mudah jer kekawan... mak saya kata pejam mata dah siap hehehe

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS PETAI











Bahannya :-

  • 200gm ikan bilis
  • 2 Papan petai
  • 20 biji cili padi*
  • 1/2 inci kunyit hidup *(*dikisar)
  • 4 Sudu besar tempoyak
  • Sehelai daun kunyit 
  • Garam 
  • Sedikit air
Caranya :-
  1. Goreng sebentar ikan bilis, jangan garing sangat, lepas tu angkat dan ketepikan.
  2. Tumiskan pula cili kisar tadi sehingga wangi selepas tu masukan tempoyak, gaul bagi mesra.
  3. Kemudian masukan pulak air ikut suka ye nak pekat letak sikit jer air tu... lepas tu masukan ikan bilis, petai dan garam.
  4. Apabila dah mendidih masukan daun kunyit yg dihiris dan rasakan garamnya.
  5. Siap untuk dihidang.

Jumaat, 20 September 2013

Alhamdulillah ~ Nabilah Tahun 5 Terbaik Panitia Pendidikan Seni Membina Model Bangunan ^___^

Semalam petang beriye kakak Nabilah menunjukan plak kemenangannya PanitiaPendidikan Seni Membina Model Bangunan Tahun 5 Terbaik....



 Tak sia-sia usahanya bersengkang mata membina bangunan itu bersama dengan saya sekali... puas kami mengumpul kotak terbuang, lepas balut lagi bagi cantik, cari bangunan yg senang untuk dibina... 
Alhamdulillah teruskan usaha Nabilah ye.... Semoga Allah merahmati usaha Nabilah  Amin

Sarapan pagi today... ^___^

Salam Juumaat kekawan...
Kelaparan sangat.... gara-gara malam tadi dinner burger jer...pagi-pagi dah bentang mee hoon goreng dengan satu mug nescafe perggghhhh ....Jemput sarapan kekawan semua



Khamis, 19 September 2013

ASAM REBUS IKAN PUPUT BENDI

Kekadang tukar selera dengan asam rebus ni sedap jugak kan kekawan.... Boleh kata dalam keluarga saya yg kecik ni suka asam rebus... hendaknya kak nabilah... tapi yg ini dia makan kuah dengan sayur bendi jer lah sebab ikan puput ni jenis yg banyak tulang, hanya saya dan en suami jer yg makan, mereka tiga saya gorengkan ikan kerisi....


Asam Rebus Ikan Puput Bendi
 Masak asam rebus ni kategori masakan yg tersangatlah senangnya bagi saya lah... ye lah bahan main campak-campak gitew... dan siap dengan segera hihi :P


 Saya rasa semua orang dah tahu masak asam rebus ni kan... tapi tak pe lah saya letak juga disini untuk rujukan anak saya nabilah tu....


ASAM REBUS IKAN PUPUT BENDI

















Bahannya :-


  • 1 ekor ikan puput (sederhana besar)
  • 10 biji cili padi (campur yg merah dan hijau)*
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 3 biji bawang merah kecil * (dikisar)
  • 5 batang Bendi dipotong 2
  • 1 batang serai(diketuk)
  • 2 keping asam keping
  • Garam secukup rasa
  • 4 cawan air
Caranya :
  1. Masukan semua bahan diatas didalam periuk kecuali bendi.
  2. Apabila air dah mendidih baru masukkan bendi
  3. Rasa garamnya dan masamnya... jika dah cukup masam boleh dikeluarkan asam keping tadi.
  4. Apabila bendi dah elok masaknya boleh ditutup api nya
  5. Siap untuk dihidang...
p/s dah cakap senang sangat masak rebus ni hehehe



Ada yg komen rupa ikan puput macam mana.... Inilah rupa ikan puput ye..
(ehsan Google)

Rabu, 18 September 2013

SELAMAT HARI LAHIR... SOFEA NABILAH ;)

 Sebenarnya hari lahir Sofea Nabilah pada 4 September tempohari, masa tu dah sambut di sekolah Mahad Tahfiz Az Tazkar buat jamuan hari hari raya... jadi cuti tiga hari yg lalu saya buat majlis sambutan hari lahir di rumah emak di kuang, kak nabilah yg minta buat besday ni masa tu semua orang balik jadi ramailah sepupunya meraikannya... Menu pada hari itu adalah Mee Kari, Laksa, Nasi Impit, Rendang Daging Limpa dan Bubur jagung durian... yummy :D

Selamat hari lahir Sofea Nabilah yg ke 11 tahun, semoga menjadi anak yg solehah, berjaya didunia dan akhirat... Amin

 
Beriye sepupunya menyanyi lagu selamat hari lahir, panjang umur mu versi indonesia hehehe

Tengok tu kebanyakan yg pakai topi besday party tu semua sepupunya yg dah besar belaka hehehe

Atuknya pun di suruh pakai topi besday tu oleh Nabilah....

Suka besday girl ni bila Atuk nak pakai topi tu... ketawa besar dia... hahahha


Okey sekarang potong kek tu ye... saya beli kek aiskrem atas permintaan ramai... memang habislah kan... semua orang suka  :P
 
Kakak Farah pun nak sama potong kek tu... bila kek aiskrem ni keras sikit nak potong, jadi kakak sepupunya tolong potong kan sama... :)
 
Abang dan kakak sepupu yg sporting giler... :D