JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Sabtu, 31 Ogos 2013

Ice Blanded Coklat Yummy ^___^

"Mama, jom kita buat ais blanded dah lama tak buat" itu ayat yang keluar dari mulut Nabil...
Bila melihat ada lagi coklat yg buat kek tu... jadi sebelum expired baik saya layan permintaan anak bujang saya ni hehehe

"Memang terbaeeekkk lah mama"
Senang ajer buat ais blanded ni , masukan semua bahan-bahannya, coklat, susu pekat, air gula dan kiub ais... pastu bland sampai hancur...


Lepas tu lagi nampak macam minum kat restoran kita picitkan cream diatasnya... pastu tabur coklat chip... lagi terangkat perghhhh :)

Nak resepi ke buat ais balanded ni .... boleh lihat disini ye kekawan...ice-blanded-manggo, adjust lah manggo tu ganti dengan coklat ye, bahan lain semua sama hehehe... nampak sangat saya ni M nak tulis resepinya balik kat sini :P

Gelas saya pulak ... ggrrrr mama pun nak jugak ...

Jumaat, 30 Ogos 2013

Renungan # ISTIDRAJ

Ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.

Kita tahu bahawa, sesiapa yang berbuat baik, taat kepada ALLAH akan dipermudahkan jalan kehidupannya, tetapi kita lihat, kawan kita ini tidak solat, tetapi bisnesnya menjadi, kita pula hidup dengan penuh cabaran dan duga. Kita juga tahu bahawa, ISLAM ini agama yang benar, tetapi kita sering melihat orang-orang yang bukan ISLAM itu lebih berjaya, dan ummat ISLAM tertindas dalam kehidupan sempit lagi derita. Kenapa begitu?

Adakah anda tahu apa itu istidraj?

Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud: “Apabila kamu melihat bahawa Allah SWT memberikan nikmat kepada hambaNya yang selalu membuat maksiat (dosa) ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT”. (Diriwayatkan oleh: At-Tabrani, Ahmad danAl-Baihaqi)

Istidraj ini adalah satu kalimah, yang sering menunjuk kepada keadaan seseorang itu yang terus dilimpahkan rezeki dan kejayaan yang melimpah ruah dalam kehidupannya, walaupun dia bukan hamba ALLAH yang taat, malah seorang pembuat maksiat yang tegar. Kenapa mereka ini dinamakan manusia yang mendapat istidraj?

Istidraj adalah, apabila ALLAH memberikan kejayaan, harta kekayaan, rezeki yang melimpah ruah untuk manusia itu menjadi lebih jauh dariNya.

Biasanya, manusia yang mendapat istidraj ini adalah mereka yang tidak berusaha menjalankan ISLAM dalam kehidupan, juga tidak berusaha mengenali ALLAH SWT.

Contoh manusia yang mendapat istidraj ini banyak. Kita lihat contoh yang mudah. Qarun. Apakah anda kenal kepada Qarun? Dia ini adalah seorang manusia yang teramat kaya. Diriwayatkan bahawa, kotak yang mengisi kunci kepada gedung-gedung perbendaharaannya tidak mampu diangkat oleh orang-orang yang kuat. Hal ini hendak menyatakan betapa kayanya dia.

Kisah Qarun terdapat di dalam Al-Quran. Hartanya melimpah ruah. Segala perniagaannya menjadi. Segala pelaburannya mengembang. Hartanya makin hari makin bertambah, sedang yang bertambah semalam tidak pula luak digunakan.

Tetapi bila Nabi Musa cuba mengingatkannya berkenaan semua kekayaannya itu datang daripada ALLAH, maka Qarun dengan angkuh menjawab,

“ Tidak, semua ini adalah hasil dari ilmuku”

Lihat. Lihat apa kata Qarun. Tidak, semua ini adalah hasil dari… ILMUKU. Dia nyata semakin jauh dari ALLAH, walaupun kekayaannya menjadi, rezekinya melimpah ruah dan sebagainya. Dia saban waktu memperlekehkan pengikut-pengikut nabi Musa yang terdiri dari orang miskin dan hamba.

Apakah pengakhiran Qarun? Dia akhirnya ditenggelamkan ALLAH ke dalam bumi dengan seluruh hartanya. Kisah ini terdapat di dalam Al-Quran.

Nah… Apakah itu yang kita mahu?

Marilah kita berfikir sejenak, apakah yang akan timbul di dalam hati kalian apabila kalian ini jenis yang melazimi dosa-dosa, melakukan maksiat, kemudian kalian berjaya di dalam peperiksaan atau perniagaan. Apakah yang agaknya akan timbul dalam jiwa orang tersebut?

Rasanya, mesti 99% akan merasa begini, “ Tengok, aku tak solat pun berjaya. Siapa kata solat tu bawa kejayaan?”

Apakah yang akan terjadi kepada anda ketika itu? Anda berjaya, tetapi anda semakin jauh dari ALLAH. Itulah istidraj.

Maka janganlah merungut dan gusar bila kita tidak berjaya. Teruskan berusaha dan cuba lagi. Hubungan keimanan kita dengan ALLAH itulah yang perlu dijaga. Jika kita berjaya membina hubungan keimanan yang baik, insyaALLAH, datanglah badai apa sekalipun, kita akan mampu melaluinya.

Sebenarnya ALLAH suka menguji hamba-hambaNya yang beriman. Terdapat lagi satu kisah yang mana:

Terdapat dua orang nelayan. Seorang penyembah berhala, dan seorang lagi muslim yang taat kepada ALLAH. Ketika menebar jala, yang menyembah berhala menyebut nama berhalanya, manakala yang muslim membaca bismillah. Bila jala diangkat, yang menyembah berhala mendapat banyak ikan, manakala yang muslim, hampir sahaja tiada ikan untuknya pada hari itu.

Malaikat yang melihat keadaan itu bertanya kepada ALLAH.

“ Ya ALLAH, apakah yang telah berlaku? HambaMu yang menyekutukanMu, KAU berikan dia rezeki yang banyak, sedangkan hambaMu yang menyebut namaMu, KAU tidak memberikan DIA apa-apa”

ALLAH menjawab,

“ Yang menyekutukanKu, tempatnya memang sudah pasti NERAKA. Maka apalah sangat rezeki yang pasti akan hancur itu jika Kuberikan kepadaNya? Tetapi HambaKu yang beriman itu, AKU hendak mengganjarkanNya syurga, maka AKU suka mengujinya untuk melihat kebenaran imanNya”

Nah, jangan anda kecewa bila diuji, tidak berjaya di dalam peperiksaan walaupun sudah berusaha, gagal dalam perniagaan walaupun kemas menyusun strategi. Itu semua adalah sebahagian dari ujian ALLAH. ALLAH menguji hanya untuk mereka yang dikasihi. Bukankah ALLAH SWT ada berfirman,

“ Apakah kamu mengira KAMI akan membiarkan kamu berkata kami beriman sedangkan kamu belum diuji?…”

Jika gagal terhadap satu-satu perkara, itu perkara itu. Anda masih belum gagal dalam kehidupan. Teruskan usaha, selagi nyawa masih ada. InsyaALLAH ALLAH akan memberikan sesuatu yang bermakna kepada anda. Bersangka baiklah kita kepada PENCIPTA kita.

Maka sebenarnya, bila hidup kita digegarkan dengan masalah, hendaklah kita rasa bersyukur. Tandanya, ALLAH masih lagi dekat dengan kita. Ujian adalah tanda kasih sayang dan perhatianNya kepada kita.

Mustahil kita suka senang sebentar di dunia, di akhirat yang kekal abadi nanti anda merana. Anda mahukan istidraj? Tentunya Tidak Kan..

Rasanya, persolan begini selalu bermain difikiran sesetengah orang. Sebab itulah, muhasabah diri itu penting. Untuk kita sentiasa periksa bagaimanakah hubungan kita dengan ALLAH SWT.

Aku berdosa, tetapi aku berjaya…. Berhati-hatilah kita agar jangan sampai lafaz itu, atau lafaz-lafaz yang membawa maksud serupa itu terkeluar dari mulut kita.
Untuk sama-sama mendapat muhasabah, kadang-kadang terlupa & kurang bersyukur dengan nikmat yang Allah s.w.t. telah berikan.

Subhanallah..Wallahua'lam.

Khamis, 29 Ogos 2013

WHAT YOU SAY......




Ada aku peduli isteri dan anak2ku sudah makan atau belum... 
Ada aku peduli jika isteriku tak sempat makan kerana sibuk melayan anak-anak.... 
Ada aku peduli jika isteriku masih di dapur menyediakan keperluan pagi esok ketika aku sedang berdengkur...
Ada aku peduli siapa yang membelikan sabun mandi, ubat gigi dan meletakkannya di dalam bilik aku bersiram...
Ada aku peduli dah berapa lama isteri aku begitu setia menggosok kain bajuku...
Ada aku peduli bagaimana layanan yg isteriku dambakan dari aku seorang suami...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku pulang kerumah dengan wajah kusam dan masam...
Ada aku peduli adakah wang yang masih bersisa utk isteri dan anakku ketika aku hendak kepergian...
Ada aku peduli apa perasaan isteriku bila aku tidak pernah menelefonnya ketika aku bertugas di luar...
Ada aku peduli berapa harga gincu jika isteriku ingin memerahkan bibir yang pudar ditelan masa...
Ada aku peduli bilakah kali terakhir aku menghadiahkan minyak wangi kepada isteriku...
Ada aku peduli bila kali terakhir aku membelikan pakaian utk wanita yg rela menjadi isteriku..menjadi ibu anak-anakku...
Ada aku peduli kenapa isteriku terlelap bersama linangan airmata....
Ada aku peduli jika isteriku terjaga di tengah malam kerana dengkurku......dan aku terus nyenyak tidur dibuai mimpi indah seorang lelaki....

Tiba-tiba aku MENJADI PEDULI dan MENGAMBIL PEDULI Ketika telefon isteriku berdering di malam hari...
Ketika isteriku mula belajar ber sms..dan berchatting...
Ketika isteriku kembali berhias seperti ketika aku mula jatuh hati padanya...
Ketika isteriku sanggup tidak makan malam kerana mahu menjaga badan...
Ketika isteriku tidak meminta lagi aku menjadi imamnya....
Ketika isteriku memilih tidur bersama anak-anakku.....
Ketika dia tidak lagi mencium tanganku ketika aku hendak pergi ...
Kini,aku baru ingin bertanya kenapa isteri aku dah tak peduli kat aku?

P/s : Tidak ada manusia yang sempurna baik suami ataupun isteri.Jangan mengharap dilayan seperti raja jika kita tidak pernah anggap isteri itu permaisuri hati kita. Jangan diharap bunga yang indah jika kita tidak pernah membajanya. Dan selalulah ingat,bila hati seorang wanita telah retak, dia boleh menjadi lebih keras daripada seorang lelaki- JANGAN SEGALANYA MENJADI TAWAR BARU NAK MENCARI GULA UTK KEMANISAN SEMULA....


p/s Saya ambil dari dari FB

Isnin, 26 Ogos 2013

HUJUNG MINGGU DENGAN OPEN HOUSE ^___^




 Pada hari sabtu kakak berdua ada sekolah ganti tapi cikgu buat sambutan merdeka raya... cikgu sekalikan dengan sambutan merdeka untuk sabtu depan...

Gambar Najeeha jer yg ada sebab dia sekolah sessi petang, kakak dua orang ni sibuk pakai baju raya peplum tu hari. Kakak Nabilah habis kelas pukul 12 tengahari, saya pergi dulu ambil report Jeeha di sekolah agama pada pukul 11 am, ibu bapa pun dah tak ramai masa tu sekejap jer siap jumpa ustaz dia tu, ada masa 45 minit lagi ni, saya cadang nak tunggu di surau yg saya selalu solat petang tu sementara menunggu mereka habis kelas... tengok surau tu ada buat sambut hari raya, bermula dari 9 pagi hingga pukul 1 petang, kami pun sama meraikan... ada kambing panggang, kata mak cik yg dimeja saya makan tu 4 ekor kambing dia orang panggang yg ni ke empat... Nabil suka kambing panggang, pergilah mereka beratur di situ, saya cuma layan lemang, satay dan mee hoon goreng Singapore... Suruh Najeeha tunggu sekejap sebab Nabil tak habis makan sementara pergi amik Nabilah, lepas tu hantar pulak jeeha gi sekolah, hingga pukul satu juga kami di situ..

 Hari minggu kak andak saya pulak jemput open house rumahnya di Cheras mula pukul 3 hingga malam...

 Kami pergi awal pukul 12 tghr, jemput mak dulu di Kuang, pergi sama adik lelaki saya yg bongsu sebab en suami tak ada, outstation ke Johor Baru... beriye mak menikmati mee kari.. ummmppp sedapnya..

 Biasalah quaters polis lama, rumah kecik ajer terpaksalah makan di beranda rumah kak andak tu...

 Adik saya melayan dia orang makan di beranda tu... saya takut nak gi situ tinggi rumah quaters ni...


Antara juadah hari itu, mee kari, nasi tomato, nasi ayam, ayam masak merah, ayam berempah dan ayam panggang... perghhh penuh perut kami petang tu hingga kemalam.. balik rumah cuma tido jer :D

P/s kekawan hujung minggu pun mesti pegi open house juga kan :)

Sabtu, 24 Ogos 2013

Hadiah idaman Nabil ^___^

Inilah hadiah idaman Nabil yg belum dapat di realisasi kan... masa tu singgah di uptown seksyen 24 shah alam, tengok satu kedai tu jual motor ni... teruja betul Nabil... terus duduk diatas motor tu... aduh sudah kata abahnya... dah berkenan pulak...


Terus membuat aksi seperti orang tengah racing tu.... cam ni...


Cubalah pulak yg warna merah ni... belum lagi yg biru di sebelah tu... memang rambang mata Nabil menengoknya... bila abah tanya berapa harganya..... RM1500.00 perghhh terkejut beruk mendengar harganya... ialah guna minyak petrol kan .. pastu orang buat pergi racing bike yg kecil tu.... hehehe tak dayo abah nak boli Nabil .. 

En suami nak cover utk tak beli, cakap kat dia "basikal 2 tayar pun tak reti lagi macam mana nak beli yg ni, belajar dulu basikal tu sampai pandai lepas tu baru beli yg ini" pergghh ayat power en suami nak sejukan hati anak kihkihkih ... 



"Apa ko nak DUCATI ni pulak kakak... ? kumpul duit sendiri kihkih"

"Tak lah bah... posing jer pun"

Jumaat, 23 Ogos 2013

PRAWN BUTTER @ UDANG GORENG BUTTER

 Kali pertama buat udang goreng butter ni setelah memakannya beberapa kali di restoran .... rasa ada tetapi kejadian tak berapa nak ada hehehe :P
En suami dan anak-anak suka sangatlah udang butter ni, so semalam petang gigih lah saya membuat setelah saya google jumpalah blog Secubit Garam
 Oleh kerana banyak benor derhakanya pada guru ateeee... saya punya telur idak lah elok berjurai macam k.nor hehehhe 


Tengok cantikan berjurai halus jer k.nor buat kan :)
Tengok saya punya macam udang kering .... ropenye .... he hehe ke laut sungguh


Walaupun camtu habis juga kami belasah anak beranak... en suami kata rasa dah sedap dah ... rupa jer tak berapa nak menjadi nasib baik aksesori tambahan menghias tu cantik lah rupanya...

Berazam saya nak cuba jugak jadi macam k.nor tu ... nanti cari udang lain pulak :)

Mohon izin ye k.nor tempek resepi kat sini ye... esok tak yah selongkar dapur k.nor lagi :P



BUTTER PRAWN
resipi asal : Nita
sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2:
12 ekor udang saiz besar
2 sudu besar butter
3 biji kuning telur
sedikit daun kari
sedikit cili padi
serbuk kunyit & garam 
minyak utk menggoreng

Cara2:
Lumur serbuk kunyit & garam kat udang. Goreng sehingga masak.Bila udang hampir masak tu, masukkan daun kari & cili padi. Gaul seketika sebelum diangkat. Bila dah masak,ketepikan. Dengan menggunakan minyak yg sama, biarkan minyak dikuali anggaran dlm 1/2 cawan cenggitu. Panaskan minyak dan masukkan butter. Biarkan butter cair & minyak betul2 panas.Sementara tu,kacau2 telur bagi rata dan masukkan telur kuning dalam bekas roti jala.

Matikan api bila minyak tu panas2. Dengan menggunakan 2 tangan, tgn kiri pegang telur kuning ..tgn kanan pegang garfu...tuang perlahan2 telur sambil tgn kanan mengacau dlm bentuk pusingan. Biar dia bertali2. Kemudian bila dah selesai, angkat telur tu dah buh dlm tapis utk membuang minyak berlebihan. 

Cara K.Nor:
# K.Nor guna acu jala gak, tp kuning telur ni kan dia pekat sket jd K.Nor tambahkan sedikit putih telur utk mencairkannya. Cuba tuang dulu dlm bekas lain, kalau boleh keluar dgn elok tak perlu tambah lg putih telur tu, tp kalau masih payah nak keluar, tambah skit lg putih telur. 

# boleh aje nak kacau telur tu dgn garfu atau chopstick, terpulang, tp kena sentiasa mengacau sehingga telur habis dituangkan

# buangkan tali pusat telur, kalau tak lubang acu roti jala mudah tersumbat yg menyebabkan telur payah nak turun

# jgn menggoreng telur dlm minyak yg sedikit, nanti tak jd cantik jurai2 dia


Khamis, 22 Ogos 2013

KONON NAK GUNA CHOPSTICKS....HEHEHE TAK DE MAKNA NYE :P

Jom baca cerita sambil tengok gambar Nabil ye....

 "Mama, Nabil nak makan Meehoon Sup ni guna Chopstiks la" pintanya pada saya... so bagilah...

 Tengok tu terkial nak ambil meehoon tu... adalah dapat  secubit jer :)

 Akhirnya..... dia minta sudu baru lah habis ....

 Tak puas hati .... menghirup lagi mangkuk tu.... 

 Memang trademark Nabil lah bila makan sup....

 Puas hati dah habis di hirupnya :D

Perghhhh terbaeeekkk lah Mama sehingga menjilat jari :P

Rabu, 21 Ogos 2013

RAYA GATHERING @ FAMILY DINNER

Pada hari Jumaat 16 Ogos 2013 bapa mertua datang Shah Alam untuk datang beraya di sini pula, nak datang rumah semua anak tak sanggup pulak, jadi kami deside untuk pilih satu restoran untuk semua orang berkumpul, adik ipar saya kata jom kita pergi Restoran Mohd Chan Chinese Muslim, saya ikut jer.. ternyata meriah perjumpaan hari raya di situ...

Kaum perempuan berposing dulu tapi saya tak ada huhuhu

Saya tak ade gambar diatas sebab budak Nabil sibuk nak tido dalam kereta :(

 Posing dengan Kak Nabilah yg sporting ni :)

 Kak Long dan Abang Long @ kakak ipar saya yg very loving couple, suaminya orang Sabah dari Sempurna... selepas dia orang bercuti di Singapore tu yg turun Shah Alam sebelum balik Sabah.

 Peace you :D
 Bapa dan mak mertua saya :)

 Adik ipar saya, tahun ni beraya di Sarawak rumah suaminya, baru jumpa pada malam tu :)

 Adik ipar saya dengan Jeeha, tahun akhir di UIAM adik ipar saya ni :)

 Ateh, adik ipar saya dengan suaminya, tahun ni raya sama di kampung... :)

 Heart and soul couple you :D

Akhirnya ini ajer gambar yg sempat di ambil ... semua dah masuk dalam perut masing sebab kelaparan :P

Selasa, 20 Ogos 2013

# DAPAT JUGA IDAMAN KALBU ^____^






Telah dirasmikan minum petang sabtu itu hari
dengan goreng cempedak yang rangup :D
p/s Saya dah lama mengimpikan set Corelle ini, Alhamdulillah tercapai juga apabila kakak ipar menghadiahkan set ini sewaktu beliau pergi bercuti di US bersama keluarga.. kak ipar kata masa tu tengah offer USD29.90 ajer jadi dia ambil dua sebab dia teringat saya teringin sangat dengan set ini... terima kasih Kak Long :D

Isnin, 19 Ogos 2013

BERAYA SAMBIL MENZIARAHI SAHABAT TERSAYANG ^__^

Salam semua... apa khabar? 3 hari sunyi blog saya ni.. :)
Semalam saya pergi beraya sambil menziarahi sahabat yg saya sayangi...Sanisah... rindu saya pada gurau sendanya... celoteh bicaranya... semenjak kawan saya ni menghidap penyakit kanser hampir 5 tahun.. mula-mula beliau kena kanser usus dan ususnya yg ada kanser telah dibuang dan sekarang menggunakan beg untuk membuang air besar... sekarang kanser telah merebak ke paru-paru dan tonsel di tekak, itu yg membuat beliau tidak boleh bersuara, kalau bersuara kedengaran halus saja... bila bercakap dia mula sakit dada dan batuk-batuk, kesian sangat saya pada beliau, sedaya upaya saya cuba menggembirakan beliau,oleh itu hanya saya yg berceloteh dan bergurau senda dengannya... rasa gembira saya bila dia tersenyum...


Sanisah, saya dan Nadrah... BFF (tengok Nabil tak kasi can saya nak bergambar tiga org best friend ni)
 Kami satu kolej di Intitut Teknologi Tun Abdul Razak yg sekarang di kenali Universiti Tun Abdul Razak (UNITAR), disitu lah perkenalan kami sehinggalah sekarang.. Masa di kolej dia lah pencerita dan penceria kami, ada saja lawak jenaka dia yg membuat kami tidak kering gusi ketawa... antara lawaknya ialah katanya mak dia suka kat penyanyi Sanisah Huri... sebab tu bagi nama aku Sanisah... tengok muka pun sama kan... sanggup google cari gambar sanisah huri utk di compare :D... memang iye ada rupa sanisah huri tu :)

 Yang pakai baju biru tu anak dia sulong, pandai sekolah masa UPSR dapat 5A dan PMR dapat 8A, sanggup tolak sekolah berasrama penuh sebab nak jaga mamanya... tahun ni akan ambil SPM.. semoga Najiha akan cemerlang dalam SPM nya. Anak dia dua orang, sepasang, baik mereka, rajin tolong mamanya...

 Dia kata saya dah gemok ... huwaaa .. memang betul pun, pinggang pun sekarang dah 37.5inci.. aduh... dulu dia kata saya lah paling kurus, selalu bergurau dengan saya bila ada angin... "Yatie cepat pegang tiang nanti kau terbang..." ada jer nak mengusik saya... Dia paling awal kahwin antara kami semua, tu sebab dia dah ada anak dara, belum konvo lagi dia dah kahwin, dia kata "aku lah yg paling gatal kan hehehe" Rindu... rindu... rindu saya dgn celoteh dia .. 
Bila kami bersalam nak balik, mula lah bercucuran air matanya, bab tu yg saya tak boleh nak tahan, sebab kalau saya menangis susah nak berhenti, saya peluk dan cium dia bertalu-talu... aduh sayu sangat :( hanya tinggal tulang jer sahabat saya ni... dia kata tak boleh makan apa-apa, kalau makan mesti muntah, dia kata tak dapat puasa pun ramadan ni... hanya kata-kata semangat yg saya dapat berikan kepadanya... Saya harap dia tabah dengan ujian yg Allah berikan kepadanya... Semoga sahabat saya ini cepat sembuh dan sentiasa dibawah rahmat Ilahi...

Khamis, 15 Ogos 2013

KUIH LESUNG BATU



Kuih ni popular sejak masuk Majalah 3, kakak ipar saya dah mencuba kuih ni masa iftar di Sabah katanya, abang long request 2 kali suruh buat kuih ni, cam tu bunyinya mesti sedapkan... pastu along buat pulak untuk iftar akhir ramadan tu di kg ....

Perghhh memang mendapat sambutan kuih tu, ye lah pertama kali nak merasa, jadi gambar yg dah siap masak tu tak sempatlah diambil... semua dah masuk dalam mulut kihkihkih...

Senang jer buat kuih ni, bahan-bahan dia tak lah susah sangat... pojam mato dah siap hehehe :p

RESEPI KUIH LESUNG BATU

Bahannya :-
  • 1 cawan tepung pulut
  • 3/4 cawan air campur dgn sedikit garam
  • 250ml santan pekat
  • secubit garam
  • Gula pasir secukupnya
  • Daun pisang
  • Loyang
Caranya :-
  1. Didihkan air untuk mengukus
  2. Masukan air bercampurgaram sedikit demi sedikit kedalam tepung pulut sambil diuli hingga adunan tidak melekat ditangan.
  3. Gentelkan bulat-bulat sebesar buah melaka, tekan tengahnya untuk membetuk lekuk.
  4. Lapik loyang dengan daun pisang, susun kuih diatas daun pisang .
  5. Buat sampai habis adunan, kemudian masukan gula pasir kedalam lubang kuih secukupnya.
  6. Masukan secubit garam kedalam santan tadi, kacau hingga sebati. 
  7. Selepas itu tuang perlahan-lahan santan di sekeliling kuih tadi, hati-hati jangan termasuk kedalam lubang kuih tu.
  8. Kukus selama20 minit.(bila masak gula yg didalam lubang kuih tu akan mencair)
  9. Siap untuk dihidangkan :)


Rabu, 14 Ogos 2013

RENDANG DAGING RUSA

Bertukar selera pulak tahun ini, masak rendang rusa selalu masak rendang daging lembu... en suami beli 3 kilo daging rusa suruh masak rendang minang... memang sedap daging rusa ini, isi lembut jer bila di makan, saya ada beri mak 2 kilo utk masak di rumah kuang, adik saya pulak masak daging rusa black papper.... perghhh mengancam dengarnya...

Jadi sehari sebelum hari raya tu saya merendang daging rusa ni, sekejap jer empuk dagingnya dengan petua en suami suruh letak biji kurma, nasiblah sesiapa yg  tergigit biji kurma tu ye hihihi



 Sesuai juga untuk buat open house ni... ehe Jom saya kongsi resepi rendang daging rusa versi saya ye....


RESEPI RENDANG DAGING RUSA










Bahannya :-

  • 3 kilo daging rusa
  • 5 biji kelapa (asing santan pekat semanggkuk)
  • 10 biji bawang merah kecil*
  • 5 biji bawang putih*
  • 2 inci kunyit hidup*
  • 4 inci lengkuas*
  • 5 inci halia*
  • 5 batang serai* (dikisar *)
  • Daun limau
  • Daun kunyit
  • Kerisik
  • 2 batang serai di ketuk
  • 300 grm Cili kering kisar (ikut kepedasan yg anda suka)
  • Garam secukup rasa
Caranya:-
  1. Tumis bahan kisar dan cili hingga wangi masukan santan yg perah kedua dan ketiga, lepas tu masukan daging rusa. (masukan biji kurma utk melembutkan daging)
  2. Apabila santan mendidih masukan garam, serai,rasa masinnya.
  3. Kacau sehingga terbit minyak, kemudian masukan santan pekat, kerisik, daun kunyit dan daun limau purut.
  4. Siap untuk dihidang bersama lemang atau ketupat dan nasi impit :)

Selasa, 13 Ogos 2013

Jom Jalan-jalan Raya :D

Sekembali dari raya di rumah en suami, kami pulang pulak ke rumah mak saya di Kuang pada hari Sabtu... sampai di sana mak dan abah saya mengajak raya ke Gombak kerumah abang saya... balas kunjungan mereka pada hari raya pertama itu hari...


Gambar blur sikit bila dalam rumah ni... dah saya guna handphone HTC saya jer... yg ni rumah abang yg ketiga... 


 Lama kami bersembang di sini ialah setahun sekali jumpa banyaklah ceritanya kan.. beriye anak menantu mendengar cerita dari abah ni... Alhamdulillah kesihatan abah semakin baik cuma sekarang abah semakin pelupa... kata orang dah nak nyayuk... tanya orang berulang kali...



Ni gambar kaum perempuan pulak... masa ni mak pergi solat zohor tu yg tak ada gambar. Selepas tu kami pergi kerumah abang yg nombor dua tapi tak ada gambar kerana ramai yg datang beraya di rumahnya... jadi sekejap ajer lah kami disitu...

Hari tu kami beraya 5 buah rumah... yg sempat ambil gambar dirumah ini ajer sebab yg 4 buah rumah tu ramai orang yg datang beraya... segan pulak nak posing berbagai hehehe


Akhir sekali minah bunga ni hahaha ... pantang jumpa bunga saya ni :P


Zoom sikit bunga yg cantik ini :D