Selasa, 23 Oktober 2012

Nasi Minyak Hujan Panas

Seseuai sangat tajuk entri tu dengan keadaan cuaca sekarangkan .. :) sekejap hujan sekejap panas... penyudahnya kain dipenyidai tak kering huhuhu... dah lama nak nak buat entri utk nasi minyak hujan panas ni tapi asyik kesibukan betul minggu lepas.. jadinya hari ni saya baru boleh buat entri... itu pun pendek jer sebab ada kerja yang menunggu lagi...

Nasi Minyak Hujan Panas yang Yummy ^__^


Jom kita tengok resepi ye.. senang sangatlah buatnya.. boleh buat hari raya haji nantikan...

RESEPI NASI MINYAK HUJAN PANAS










Bahan-bahannya
2 cawan beras Basmathi (rendam selama 1/2 jam dan toskan)
3 cawan air
1 cawan susu cair
3 biji bawang merah kecil (dihiris)
3 ulas bawang putih (dihiris)
1 inci halia (dihiris)
3 kumtum bunga lawang
3 biji pelaga
3 biji bunga cengkih
1 inci kulit kayu manis
1/2 kiub perasa ayam
2 sudu besar minyak sapi
garam secukup rasa
pewarna merah,kuning dan hijau

Cara-caranya:-

1) Panaskan minyak sapi, kemudian tumis bahan hiris, bunga lawang,pelaga,bunga cengkih dan kulit kayu manis sehingga naik bau wangi.
2) Selepas itu masukan susu ,kiub perasa ayam dan air, kacau rata. Masukan garam, ikut rasa masin yang dikehendaki.
3)Masukan bahan yang dimasuk kedalam rice cooker yang telah diletak beras yg ditos  tadi. Kacau sekata. 
4) Apabila nasi hampir masak renjiskan pewarna merah,hijau dan kuning dan biar nasi hingga masak.
5) Bila nasi sudah masak barulah di gemburkan perlahan.
6) Sedia untuk di hidang bersama menu pilihan anda :)

10 ulasan:

  1. salam kak yati.....
    berselera betul yan tenguk nasi hujan panas akak tu....nak pula makan dengan sotong tu.....sedap...

    BalasPadam
  2. ingat menu raya haji lepas... taun ni nampaknya makan nasi tapau je la... he he

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Rose dial 1-300-88-2525 pizza hut sudah.. hehehe

      Padam
  3. menariknya sotong tu. rasa macam nak ngap jer semua hehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hahaha akak anak beranak dah ngap semua tu Nida :D

      Padam
  4. wah terliur PM dibuat nyer...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Resepi dah ado PM.. suruh wife buek kan.. sodap tu :D

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)