JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 7 Jun 2012

Aktiviti Cuti Sekolah Part 1 ~ Istana Negara

Kami mulakan aktiviti cuti sekolah ni dengan melawat Istana Negara yang lama tu.. kami pergi pada hari isnin 4 Jun 2012. Mulanya nak pergi hari ahad tapi kepenatan kerana hari sabtu tu anak buah saya bertunang, jadi hari ahad tu tempoh bertenang lah. Mulanya cadang nak pergi pukul 8.00am tapi bateri kereta ada saya pula "weak" so kena tunggu kedai jual bateri buka pukul 10.00am..

Kami sampai di Istana Negara tu pukul 11.00am, orang pun dah mula ramai tapi disebabkan hari isnin kurang lah sikit, kata adik yang bertugas kat situ, semalam hari ahad lagi ramai hampir 10 ribu pengujung katanya..

Mari kita layan gambar pula...
Di buka sehingga 15 jun 2012, sesiapa yang
berhajat sila pergi segera
Nabil bersama sepupunya di hadapan pagar istana

Jalan nak naik ke atas tu penuh dengan banner
Mak dengan kak lang sempat lagi bergambar

Tuuu dah nampak istana
Lepas tu berbagai aksi lah bergambar di dalam Istana tu.. Emaklah yang paling seronok, tak henti-henti ajak bergambar. Hanya bahagian balai rong seri yang dibuka iaitu tempat istiadat penganugerahan yang selalu kita tengok tu..
Pintu masuk pun nak bergambar :))
Emak bersama dayang-dayangnya.. :D
Bergambar bersama permaisuri pula :)
Lepas tu mesti dengan Raja pula ^__^

Banyak gambar yang diambil, tak boleh nak tempek semua kat blog ni... ;))

sebelum balik bergamba pula di air pancut tu hehe
Dua pengawal istana yang buta baru dilantik ehe
Jom lah pergi melawat sementara ada kesempatan ini, tak tau selepas 15 Jun ni akan dikenakan bayaran atau pun tiada lagi... nanti jadi macam Pudu Jail dulu akhirnya dirobohkan untuk pembangunan...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)