JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Khamis, 17 Mei 2012

Perkhemahan kakak Nabilah

Hari sabtu lalu saya menjemput kakak balik dari perkhemahan pukul 8.30am. Saya lihat wajah kakak dan kawan-kawannya yang sangat keletihan. Saya tanya mereka semua, "Kenapa muka penat sangat ni?" serentak mereka menjawab " Tak dapat tidur, malam tadi hujan lebat dan khemah runtuh", kesian mereka, memang malam tadi saya ada terjaga dengar bunyi guruh dan hujan lebat, dalam hati terdetik, bagaimana kakak di perkhemahan itu dengan hujan lebat begini.

Didalam kereta kakak cerita lagi bahawa air naik sampai buku lali terpaksa tidur dalam kelas, itu pun tak dapat tidur kerena kawan terjerit-jerit takutkan katak yang masuk kedalam kelas. Lepas tu pukul 4.00am dah ada qiamualail sampai solat subuh, lepas solat subuh kena bersihkan semua khemah yang roboh. Kakak tanya saya"mama masak apa sarapan pagi tadi, kakak lapar sangat?" Saya jawab" Nasi goreng, masih ada nasi goreng tu, mama masak banyak, nanti sampai rumah kakak basuh kasut dan mandi , lepas tu baru makan ye",

Setelah selesai semuanya kakak mandi dan terus minta nasi goreng, lepas makan kakak tertidur sampai pukul 1.00pm, punya penatnya kakak kan...


Bersama kawan satu khemah

Muka keletihan terpancar di wajah kakak :/

2 ulasan:

  1. xpe, pengalaman kan kakak. mungkin sekali seumur hidup merasa pengalaman sebegitu. *teringat jugak kisah saya sek dulu selalu ada camping, seronok bila diingat2 kembali. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak masih teruja untuk camping sebenarnya pada bulan julai di hutan bukit gadong katanya... Mama tak pernah khemah sebab takut keadaan gelap.. sekarang berjangkit takut gelap ni dgn Nabil ehe :)

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)