JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Isnin, 7 Mei 2012

Demam Selsema... :|

As Salam,

Dah lama saya tak kena demam selsema, sejak malam tadi hidung saya dah berhingus cair tu... aduh pening kepala saya... namun saya dayakan juga ke pejabat sebab saya dah janji dengan budak insuran tu suruh hantar road tax tu di pejabat saya, 10hb ni road tax dan insuran kereta saya dah tamat tempoh so kena renewkan.

Saya fikir lepas budak tu datang hantar road tax tu saya hendak ke klinik ambil ubat. Rasa dah tak boleh tahan ni, saya dah telefon suruh datang dalam pukul 10am... tapi tak datang lagi.. sabar .. banyakan sabar kalau tidak tambah pening kepala..


 

 حَدَّثَنَا مَالِكُ بْنُ إِسْمَاعِيلَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا

نْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْحُمَّى مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَأَبْرِدُوهَا بِالْمَاءِ

Malik bin Isma’il menceritakan kepada kami, (ia berkata) Zuhair menceritakan kepada kami, (ia berkata) Hisyam menceritakan kepada kami (yang diterima) daripada Urwah (yang berasal) dari ‘Aisyah r.a. (yang diterima) dari Nabi s.a.w. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demam panas adalah dari serpihan api neraka Jahannam, maka dinginkanlah dengan air.”                                                                        
(sahih al-Bukhari, no. 3023) 
Dalam dunia  perubatan, salah satu cara untuk mengurangi rasa panas badan adalah dengan meletakkan air @ ais di bahagian dahi @ kepala. Sehingga suhu tubuh yang belebihan boleh berkurang dan kembali pada keadaan yang normal.
Sesungguhnya, sakit atau musibah merupakan pintu kesedaran seorang hamba bahawa ia memerlukan  Allah S.W.T. Tidak sedetik pun ia tidak memerlukanNya dan perlu selalu bergantung kepadaNya. Marilah sama-sama istighfar di atas apa yang telah dilakukan sepanjang nyawa dikandung badan. Moga-moga setiap amalan yang kita dilakukan diterima olah Allah S.W.T. 
Sumber Disini


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)