JOM KITA KLIK KLIK ^___^

JOM KITA KLIK KLIK ^____^

Selasa, 13 Mac 2012

Pilunya hati ~ Dirang dibakar



Apabila membaca Metro hari ini, pilu hati saya sebagai ibu tidak dapat ditahan. Sebak, pilu, sayu dan pedihnya hati apabila membaca membaca. Dirang sebaya dengan anak saya yang bongsu, Nabil Syahmi. Mengapa begitu kejam diperlakukan. Sekarang telah tiada perasaan perikemanusiaan dihati manusia.

Saya ambil artikel diakhbar Metro :-


JOHOR BAHRU: Misteri kehilangan kanak-kanak berusia lima tahun, Nurul Nadirah Abdullah, dari kediamannya di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam pada 1 Mac lalu terjawab apabila polis mengesahkan dia mati dibunuh.


Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Roslan Zainuddin berkata, mayat rentung yang ditemui berhampiran kediaman berkenaan pada 8 Mac lalu dikenal pasti sebagai mayat Nadirah atau lebih mesra dipanggil Dirang.


“Kami menemui satu mayat rentung di Nusa Damai di sini, pada 8 Mac lalu dan siasatan di lokasi kejadian berjaya menemui serpihan tulang.


“Kami juga berjaya mendapatkan sampel deoxyribonucleic asid (DNA) daripadanya. Ia dihantar ke makmal dan hasilnya mendapati ia sepadan dengan DNA ibu mangsa,” katanya, di sini, semalam.


Menurut Roslan, siasatan awal mendapati rangka berkenaan adalah milik manusia dewasa, tetapi selepas siasatan lanjut dijalankan, ia sebenarnya milik kanak-kanak malang itu.


“Berikutan pengesahan DNA itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh berbanding sebelum ini yang disiasat atas aduan orang hilang.


“Semua empat individu termasuk bapa kandung mangsa yang ditahan sebelum ini akan dilanjutkan tempoh tahanan reman bagi membantu siasatan,” katanya.


Menurut Roslan, pihaknya juga belum dapat memastikan motif sebenar kejadian.


Roslan berkata, berdasarkan pemeriksaan di lokasi kejadian, mayat yang ditemui pada 8 Mac lalu itu rentung teruk hingga menyukarkan pihaknya membuat pengecaman.


Sebelum ini, penemuan serpihan rangka manusia di dalam kawasan ladang kelapa sawit Nusa Damai pada 8 Mac lalu menggemparkan penduduk sekitar kerana menyangka ia milik Dirang.


Rangka manusia yang awalnya disangka dewasa dibakar hingga rentung itu ditemui di dalam sebuah lubang oleh orang awam sebelum memaklumkannya kepada polis.


Siasatan awal polis mendapati serpihan rangka manusia berkenaan sudah dibakar lebih dari lima hari hingga menyukarkan proses untuk mengenal pasti identiti dan jantinanya.



















2 ulasan:

  1. Salam kenal, terima kasih sudi baca blog saya. memang sedih dan terkilan dengan sikap rakyat kita sanggup buat mcm tu. kenapa la agaknya kan. moral sgt rendah. risau saya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Asmara kerana sudi lawat blog kecik saya yang baru saja saya. Ini kerana suka sangat tengok blog asmara. Betul la Asmara, memang merisaukan keadaan moral manusia sekarang. Dua minggu lepas, jiran belakang rumah saya dimasuki pencuri, siang hari pula tu, waktu kita pergi bekerja... Aduh semakin risau saya...

      Padam

Terima kasih kerana meninggalkan komen disini ^__^
Maaf jika komen tidak sempat dibalas ye :)
Insha Allah saya akan kunjung balas ke blog anda :D

Mohon kerjasama kepada pemberi komen yg budiman,
Harap tidak meninggalkan pautan diruang komen,
Terima kasih atas perihatin anda :)